20 October 2012

Innalillawainnalilahirojiun

Innalillawainnalilahirojiun... dari Allah dia datang kepada Allah dia kembali... itulah yang terjadi kepada kereta saya semasa saya bernalam di Hotel Tower & Regency Ipoh. Saya tiba pada 17 Oktober 2012 dan menginap selama 2 malam. Saya parkir kereta saya elok-elok di dalam petak parkir dan pagi ini (19 Oktober 2012) semasa menghantar barang ke kereta saya dapati kereta saya telah dicalarkan kerana bergesel dengan kenderaan bewarna biru.

Sedih juga hati melihat sihitam manis yang sihat walafiat tiba-tiba nampak comot di sebelah kanan sebelah pemandu. Sampainya hati pemandu tu. Apa nak kata itu semua sudah suratan Allah Taalah, dan saya telah reda', kata orang ada hikmah di sebaliknya yang kita tidak ketahui hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahuinya.

2 comments:

Unknown said...

Teruk gak... tapi cuma anta kat workshop yg selalu ain anta yu tgok pe kata dia....memang sakit ht kalau dah kne macam ni, tak tau lak keje sape lagilah bengang tapi sabau je..mungkin de hikmah d sebaliknya..

Unknown said...

Mula-mula melihat memang rasa marah dan sedih, tetapi apa yang boleh dibuat sebabnya di tingkat itu tiada CCTV. Tetapi apa yang hendak dikata ini semua adalah takdir Allah - memangnya ada hikmah disebaba semua ini. Kita serahkan je kepada Allah Tallah, ada duit kita repair.