19 October 2012

Selamat Tiba Di Ipoh


 Alhamdulillah saya selamat tiba di Ipoh pada 17 Oktober 2012 kira-kira jam 5 petang selepas tersesat lebih kurang 1.30 jam. Nasib baik Ipoh tidak hujan, kalau tidak tentu makin sukar saya mencari Hotel Tower Regency & Appartment. Saya ke Ipoh untuk menghadiri Kursus Perancangan Stratejik anjuran JPWPKL

 Saya bertolak dari pejabat kira-kira jam 1.15 petang semata-mata untuk mengelakkan hujan yang kerap berlaku di petang hari. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh berjalan lancar dan saya memandu dengan selesa dan mengikut kelajuan yang dibenarkan.

Saya berhenti sekejap untuk ambil petrol dan ke toilet di beberapa R&R. Walaupun week days tetapi ramai juga rakyat Malaysia yang membuat perjalanan, jadi saya tidaklah kesunyian di lebohraya.

No comments: