13 October 2012

Hari Yang DiDuga Allah Taalah

Hari ini 13 Oktober 2012 sepatutnya saya menghadiri majlis perkahwinan sahabat saya yang sama-sama mengikuti kelas mengaji Al Quran di Masjid Negara. Dan cara kebetulan pada hari yang sama saya juga sepatutnya bekerja. Segalanya adalah kehendak Allah Taalah di mana pagi tadi sebaik sahaja bangun dari tidur untuk menunaikan fardu Subuh saya mengalami demam yang sangat kuat. Batuk tak berhenti dan panas badan yang tinggi sehinggakan saya terpaksa solat secara duduk sebab takut tumbang.

Yang sebenarnya saya dah merasa demam sejak hari Khamis yang lepas mungkin disebabkan oleh alat hawa dingin yang sangat sejuk. Semalam sebaik sahaja saya tiba di rumah tiba-tiba saya diserang oleh athma mungkin juga kerana itu demam saya menjadi-jadi. Jadinya hari Sabtu ini saya hanya di rumah melayan demam... setiap 2 jam saya akan mandi untuk turunkan panas badan dan saya berdoa kepada Allah semoga demam saya cepat sembuh kerana saya akan berkursus di Ipoh pada hari Rabu ini.

Kepada kawan-kawan doakan saya cepat sembuh ja.. terima kasih.



No comments: