Kursus ini memang sebuah kursus yang sangat bermunfaat kepada pegawai-pegawai Kerajaan maupun Swasta, malahan tool ini sendiri memang patut dilaksanakan di dalam sesebuah organisasi kerana melaluinya kita dapat mengetanui arah tujunya sesebuah organisasi itu. Penceramah kursus ini En Wan memang seorang yang sangat berpengetahuan.... keterangan dan penjelasan yang dikongsi bersama kami amat mudah difahami terutama apabila beliau memberikan kami alternatif dalam menyempurnakan perancangan strategik yang kami ingin laksanakan. Rupa-rupanya banyak tools yang boleh digunakan dan rupanya perancangan strategik ini mula diperkenalkan di dalam organisasi swasta.
En Wan sedang menyampaikan ceramahnya... terima kasih keran berkongsi |
Kalau saya berpeluang saya ingin lagi menghadiri kursus yang sama bagi memantapkan lagi pengetahuan yang masih sedikit ini. Pada saya penting kita melakukan pengukuran dalam melaksanakan sesebuah projek/ program serta melakukan pula penilaian selepas sesebuah projek/ program ini selesai dilaksanakan untuk melihat sejauh mana keberkesanannya. Melalui perancangan strategik ini juga kita dapat melihat value for money bagi sesebuah projek/ program, dapat mengariskan peraturan baru serta melaksanakan idea perubahan organisasi secara total atau sebaliknya.
Kepada En Wan, terima ksih kerana berkongsi ilmu dengan kami.
No comments:
Post a Comment