Apa yang berlaku kepada dunia dan umat Islam kini amat merisaukan saya. Saya memang insan kecil yang tak ada nama apatah lagi kuasa. Tanpa kedua-duanya apa yang mampu saya lakukan. Walau pun begitu saya hanya mampu untuk meluahkan rasa kebimbangan saya ke halaman ini, agar ianya boleh menjadi pencetus idea kepada kawan-kawan yang mempunyai nama dan kuasa serta dapat mempengaruhi sasaran tertentu.
Tentu kawan-kawan tertanya-tanya apa hal pulak yang merisaukan saya??? Jawapannya adalah kerana Islam diserang di pelbagai sudut dan kaedah. Samada secara terus terang ataupun secara halus. Kekuatan umat Islam pun kini tidak sekukuh dulu... banyak perkara yang patut diberikan perhatian serius dilihat sambil lewa sahaja... kini maruah agama islam dan umat Islam tiba-tiba cuba diinjak-injak oleh bangsa yang sememangnya jahat dan dengan sengaja melakukannya, tak suka saya untuk menjelaskannya tetapi kawan-kawan tentu sudah dapat menekanya... bangsa yang sememangnya bersarang dalam benaknya cubaan untuk memalukan Rasulallah saw dengan filem busuk dan kotor mereka.
Yang sebenarnya puak-puak ini dari dulu lagi mencuba untuk menjatuhkan Islam, sungguh saya tidak faham kenapa. Jika kawan-kawan menoleh sedikit ke belakang cuba cerapkan beberapa peristiwa yang sememangnya direka untuk menaikkan darah kita. Mana mungkin kita tidak sayangkan Rasulallah - walau tidak pernah bersua muka namun kasih dan sayang kita kepadanya sebati dengan jiwa.
Paling malang apabila mereka yang berniat jahat ini tidak melakukan sendirian sebaliknya mengupah bangsa lain yang mungkin mempunyai susuk rupa parasa dan tubuh yang sama dengan orang Arab supaya tidak disyaki. Dan yang paling malang sekiranya orang yang diupah itu pula adalah dari orang Islam sendiri, kerana kemewahan dunia Rasulallah dan agama sanggup digadai.
Kawan-kawan ku, di bawah ini saya paparkan satu kisah jahat yang paling jahat oleh bangsa yang sememangnya berdendam dengan Rasulallah saw. Mereka memang mempunyai hasrat untuk mencuri jasad Rasul yang sangat kita kasihi itu. Ini bukan cerita layak atau rekaan, sebenarnya banyak yang kita tidak tahu mengenai agenda-agenda mereka, kerana kita telah dilalaikan oleh mereka dengan keindahan dunia, lawak jenaka, gelak tawa - tahukah kenapa????? untuk mematikan hati kita. Setiap kali mereka membuat onar mereka menyimpan data berapa peratus kebencian dan kemarahan kita berbanding dengan peristiwa yang mereka lakukan sebelum ini. Begitulah seterusnya. Hati-hatilah...... silalah baca....
Kisah yang saya nak paparkan di sini sudah beberapa kali diwarwarkan, pernah diperbahaskan tentang kesahihannya..........Insya Allah ianya ternyata benar.....ini dapat disahkan oleh beberapa ulamak yang hidup pada zaman itu seperti Al-Mujtahid Al Alamah Syeikh Sanusi Al Agfahani dan beberapa Ulamak-ulamak Ahlul Sunnah Wal Jamaah yang lain seperti Samhudi, seorang ahli Sejarah menyebutkan dalam kitab tarikhnya ”Wafaul Wafa“ Abu Bakar Al-Maraghy dalam kitab tarikhnya ”Talkhisul Ma’alim Daril Hijrah" Abbasi dalam bukunya ”Fi ‘Amdatil Akhbar" semua kitab itu menceritakan tentang percubaan kaum Salib dalam membongkar kubur Nabi Muhammad s.a.w. dan mencuri jasad baginda yang suci dan utuh, kerana jasad para Nabi tidak dimakan oleh tanah. Percubaan itu terjadi pada tahun 557H. (1162M), yakni pada zaman khalifah Abbasiah Al-Mustanjid Billah.
Mereka telah mengirim 2 orang lelaki dari benua Eropah ke tanah suci Madinah Al-Munawwarah, di mana Nabi bermakam. Mereka datang menyamar sebagai orang perantau dan bertempat tinggal di suatu rumah tidak jauh dari “Raudhah ” di mana makam Rasulullah s.a.w. terletak. Kedua-dua mereka menjalankan tugasnya siang dan malam menggali dan membuat lubang tanah yang menjurus ke makam Rasulullah s.a.w.
1- CUBAAN PERTAMA SEMASA PEMERINTAHAN AMRULLAH ALUBAIDI
Penyamar dari Mesir dan telah dibunuh oleh kaum kerabatnya. Allah menghantar taufan dan gempa bumi ke Bandar Madinah.
2- CUBAAN KEDUA SEMASA PEMERINTAHAN AL-UBAIDI
Mereka menghantar orang yang tertentu dan berkerjasama dengan penduduk yang tinggal berhampiran makam rasulallah saw dengan mengorek lubang ke arah makam Rasul, dengan izin Allah ada suara memberitahu perbuatan kianat tersebut maka Allah mengoncangkan bumi Madinah.
3- PERANCANGAN RAJA-RAJA NASRANI DENGAN KOMPLOT DARI NASRANI MAGHRIBI.
Pemimpin Islam yang bernama Nuruddin Zanki bermimpi dan mengetahui perancangan tersebut lalu bertindak dan memang terdapat 2 orang Maghribi yang berpura-pura beribadat di dalam Masjid Nabawi. Mereka ditangkap. Penguasa Nuruddin telah membina penghadang daripada besi untuk keselamatan jasad Rasulullah.
4- SEKUMPULAN NASRANI DATANG BERSAMA JEMAAH HAJI DENGAN NIAT MENCURI JASAD RASULULLAH.
Mereka tidak berjaya dan telah ditangkap oleh penduduk Islam semasa mereka pulang bersama jemaah haji.
Cubaan kelima disambung selepas ini.
No comments:
Post a Comment