Alhamdulillah tahun ini kami sekeluarga beraya Aidil Adha di rumah adik saya Adnan di Kota Tinggi. Raya Adha kali ini juga tidak sepenuhnya ahli keluarga kerana adik saya Azmee sedang menunaikan fardu hajinya bersama isterinya, manakala adik saya Azman beraya di Kuantan sahaja kerana anak bungsunya menghadiri kelas tuition kerana pada hujung tahun ini Amir akan menghadapi peperiksaan SPMnya. Semoga Amir dipermudahkan oleh Allah semasa menjawab soalan serta diberikan ketenangan dan kesihatan yang baik.
Jadi, yang tinggal dan dapat beraya bersama tahun ini adalah emak, Adnan dan keluarganya (isterinya Shima dan anaknya Ammar), Ain bersama anaknya Amir dan saya sendiri.
Cerita perjalanan kami berlaku pada hari rabu, selepas pejabat saya bertolak ke rumah Ain di Sekolah Menengah Arab Al Asyraf, Alor Gajah untuk ambil Ain dan Amir kemudian terus ke rumah Mak Cik Kiah di Bandar melaka untuk ambil emak. Selepas itu lebih kurang jam 5 petang kami bertolak ke Kota Tinggi dan kami tiba di rumah adik saya lebih kurang jam 9.00 malam.
Memandangkan kami masing-masing menyertai korban di tempat-tempat lain, maka tidaklah dapat kami menghadirinya. Pun begitu tiada acara khusus yang dilakukan selain dari solat Aidil Adha di pagi hari dan malamnya adik saya Adnan memimpin bacaan Yassin dan tahlil untuk disedekahkan pahalanya untuk insan tercinta yang sudah tiada. Kelihatan Adnan sedang membacakan doa tahlil dan diaminkan oleh Ammar, Ain dan kami yang lain yang tidak kelihatan di dalam foto di atas.
Emak, saya dan Ain di baris belakang di akhir acara........
No comments:
Post a Comment