31 October 2012

Selamat Hari Ulang tahun kelahiran 3A

Pada 26 Oktober 2012, di sebelah malam Shima, Ain dan saya berpakat untuk membuat jamuan meraikan harijadi bagi 3 orang ahli keluarga kami di mana tarikh lahir mereka berdekatan antara satu dengan lainnya. Ammar menyambut hari ulang tahun kelahirannya pada 8 Oktober, ayahnya Adnan menyambut pada 27 Okober dan Amir (anak Ain) pula menyambut hari ulang tahunnya pada 4 November.

Ketiga-tiga birthday boys sedang berkongsi pisau untuk memotong kek harijadi mereka. 

kai tidak berhasrat untuk masak banyak kerana hari dah malam.... rasanya cukup dengan goreng-gorengan sahaja

Hidang yang ringkas antaranya salad, wedges, chicken pop-corn, goreng puyuh, burger rusa, chicken chop dan nugget ikan.

Pelbagai jenis dressing dan sauce

Fruit cocktail antara campuran buah-buah dan nata de coco

Misteri Teknologi Zaman Nabi Nuh as Yang Disorok


Kali ini saya ingin berkongsi dengan teman-teman sekelian mengenai artikel di bawah. Dari tajuknya cukup mengujakan kita, namun artikel ini belum boleh diterima bulat-bulat kerana apa yang dinyata dan dijumpai adalah artifak yang berusia beribu-ribu tahun atau lebih tepat seusia dengan zaman Nabi Nuh as.

Pada mulanya memang agak sukar untuk kita mempercayai penemuan oleh beberapa penyelidik. Hampir kesemua penyelidik yang berkecimpung dalam bidang ini bukannya muslim jadi ianya menjadikan bertambah sukar untuk kita telan kesemuanya. Pada saya semua penemuan kajian saya lebih mudah untuk menerimanya sekiranya ianya bersandarkan kepada Al Quran.

Gambaran illustrasi kerja pembinaan piramid [filem 10 000 BC]
Mengikut pandangan dari beberapa sarjana bahawa Piramid Agung yang terletak di Mesir bukanlah dibina ketika pemerintahan Firaun Khufu (Cheops) tetapi telah dibina berkurun-kurun lamanya sebelum dari kerajaan-kerajaan silam yang lepas. 

Pandangan ini juga berpendapat firaun-firaun Mesir hanyalah membaik pulih sahaja piramid-piramid ini yang diwarisi mereka. Hakikat ini lama-kelamaan disedari oleh ramai pengkaji tetapi ia terlalu lama untuk dapat dipercayai oleh masyarakat dunia. 

Anda boleh tonton filem 10,000 B.C di mana terdapat kaum yang membina Piramid di tengah-tengah padang pasir untuk mendapatkan gambaran tentang hal ini. Arkiteknya dalam menentukan lokasi piramid terpaksa melihat jarak bintang di langit dan koordinasi buruj-buruj di mana pada masa yang sama dia juga adalah ahli astronomi dan ahli nujum Istana.
Kedudukan ketiga-tiga piramid termasuk Piramid Agung Giza adalah bertepatan dengan kedudukan buruj Orion di langit, dan mengarah tepat ke arah kiblat di Mekah. Ini antara misteri paling terbesar dalam sejarah kemanusiaan. Siapakah bangsa agung yang mula-mula merencanakan pembinaan Piramid? Sesungguhnya Piramid Mesir adalah penunjuk kiblat paling besar yang terdapat di bumi di mana Allah Yang Maha Agung telah menciptakan bintang-bintang Orion sebagai tanda kiblat di langit.

Piramid Mesir adalah petunjuk arah ke Baitullah di bumi manakala bintang Orion adalah petunjuk arah ke Baitul Makmur di langit. Maha Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu tanpa sia-sia. Bangsa misteri yang membina piramid terawal sudah tentu sebuah bangsa yang teramat bijak dan genius dan di zaman itu kemajuan material adalah setanding malah lebih maju dari apa yang kita dapati hari ini.

Tidak percaya?. Cuba anda bayangkan kehidupan manusia sebelum berlakunya banjir besar di zaman Nabi Nuh. Bayangkan kehidupan mereka adalah teramat canggih dengan kereta-kereta mewah dan kotaraya-kotaraya bercahaya serta pesawat-pesawat terbang seperti UFO yang bersimpang siur di udara. Setiap rumah terdapat sistem komputer yang canggih dan kemudahan internet kelajuan tinggi. Tetapi adakah semua itu berguna setelah banjir besar melanda seluruh dunia. Tidak, tidak sama sekali. Nabi Nuh terpaksa memuatkan kapalnya dengan manusia, haiwan-haiwan yang berpasangan serta spesis-spesis tumbuh-tumbuhan yang terpilih. Di sini kita dapat mengetahui bahawa 'profesion' Nabi Nuh bukan sahaja seorang pengembang agama tetapi juga pakar sains zoologi yang handal.


Nabi Nuh boleh membina kapal yang teramat besar hanya berbekal pengikut yang tidak sampai 100 orang? Fikirkan. Seratus (100) orang itupun ada yang wanita dan kanak-kanak jadi jumlah pekerja untuk membina bahtera Nabi Nuh teramatlah sedikit. Malahan pula, para pengikut Nabi Nuh as terdiri daripada orang miskin yang lemah dan melarat sahaja. Nabi Nuh juga telah membina kapalnya dalam jangka masa yang terhad (sesetengah pendapat mengatakan dalam beberapa minggu sahaja).

Misteri ini benar-benar memeningkan pengkaji malah ada juga pengkaji Barat yang mendakwa bahawa, Bahtera Nabi Nuh dibina oleh makhluk asing. Sebenarnya kita tidak akan hairan dengan kemampuan Nabi Nuh ketika itu jika kita membayangkan kemajuan manusia sebelum Banjir Besar adalah seperti kemajuan pada masa kini sekurang-kurangnya. Kita boleh membayangkan yang Nabi Nuh membina bahtera di dalam hangar kapal yang besar berserta peralatan dan mesin-mesin yang canggih dibantu sistem perkomputeran yang termaju.

Masih tidak percaya?. Jika kita lihat pada kronologi kemajuan manusia, kita boleh melihat logik atau tidak kenyataan ini. Biar kita ambil jangkamasa dari lahirnya Nabi Isa mengikut kalendar Masehi iaitu 1 Masehi hingga 2009 Masehi. Bagaimana kehidupan manusia di zaman Nabi Isa hidup. Bagaimana kemajuan manusia selepas 2,000 tahun selepas kelahiran Nabi Isa? Berapakah jangkamasa Nabi Adam manusia pertama sehingga peristiwa Banjir Besar di zaman Nabi Nuh. Katakanlah lebih kurang 2,000 tahun (ini anggaran yang amat minimum memandangkan jangkamasa dari manusia pertama turun ke Bumi sehingga Banjir Besar boleh memakan masa beribu-ribu tahun), maka logiklah kemajuan manusia mencapai tahap terhebat dan maju ketika Banjir Besar.

Bateri Baghdad yang ditemui oleh ahli arkeologi Austria
Mayat bergelimpangan di Kota Kuno Mohenjo-Daro mengandung radioaktif Maka jika berfikir seperti ini, kita tidak akan terkejut dengan kisah-kisah seperti Atlantis dan Lemuria serta Kerajaan Rama yang mempunyai pesawat-pesawat terbang seperti UFO. Peperangan juga melibatkan kuasa nuklear seperti kesan-kesan yang ditemui di Mohenjo-Daro dan Harappa.

Carkera padat purba yang ditemui di China
Tetapi adakah semua kemajuan itu berguna berguna apabila tibanya bala bencana? Semua kemajuan itu habis tenggelam bersama-sama orang musyrik yang mengingkari perintah Allah SWT setelah hanyut dalam arus kemajuan material dan kecanggihan teknologi yang mengkhayalkan. Manusia ketika itu semakin rakus dengan kebendaan dan berbuat maksiat secara terang-terangan. Tidak hairan jika terdapat parti bogel di sana-sini. Pesta-pesta mandi buih acapkali diadakan di festival-festival besar. Konsert-konsert muzik yang mengkhayalkan seringkali diakhiri dengan pesta seks yang menghairahkan dihadapan sembahan-sembahan berhala yang mereka pertuhankan. Dakwah Nabi Nuh dikesampingkan walaupun sering keluar di media-media antarabangsa.

Mungkin anda berasa lucu dengan senario yang dipaparkan di sini. Ini kerana anda memikirkan Nabi Nuh hidup seperti orang gua, bercucuk tanam dan mengembala kambing sahaja. TIDAK SAMA SEKALI. Lihatlah lukisan-lukisan misteri di dinding kuil-kuil Firaun yang menceritakan satu mitos purba tentang penghasilan tenaga elektrik siap dengan lukisan kabel bawah tanah dan filemen elektrik. Penemuan bateri purba di Iraq dan cakera padat purba Dropa (sehingga kini tidak diketahui sama ada ia berbentuk CD, CD-RW, DVD, DVD-RW atau sebagainya) di China.

Dan yang paling menggemparkan adalah penemuan loji nuklear berusia lebih 2 juta tahun di Oklo, Afrika! Apakah maksud semua ini? Berapa umur Bumi sebenarnya? Berapa umur umat manusia sebenarnya?. Kita tidak boleh menganggarkannya berdasarkan kajian Barat (buku rujukan sejarah di Malaysia banyak merujuk kepada sumberBarat) yang dipengaruhi oleh The Hidden Hand seperti Illuminati dan Freemason. Mereka sebenarnya mempunyai sebab untuk mengelirukan umat manusia. Segala kenyataan sebenarnya amat jauh dari apa yang kita dapat bayangkan.

Maka setelah Banjir Besar, para pengikut Nabi Nuh pun bertebaranlah di muka bumi sehelai sepinggang setelah meninggalkan kehidupan moden dan canggih mereka ditelan banjir. Mereka kembali menjadi orang gua dan mula berburu, bercucuk tanam dan mengail ikan.


Seperti yang dirakamkan Allah di dalam kitab Al-Quran: Apakah mereka tidak memperhatikan beberapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, iaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai yang mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka kerana dosa mereka sendiri dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain. Qs.Al-An'am: 6


Di waktu-waktu malam mereka mungkin berkumpul di tepi unggun api sambil mendengar cerita orang-orang tua di kalangan mereka mengenai kehidupan moden dan canggih keturunan awal mereka di suatu ketika dahulu mungkin seperti menaiki bas dan komuter (kebanyakan pengikut Nabi Nuh adalah miskin) dan ada juga yang pernah menaiki kereta dan kenderaan-kenderaa  lain. Mereka juga mungkin menceritakan tentang bangunan-bangunan tinggi yang mencakar langit dan kemajuan telnologi komputer.

Betapa kukuhnya binaan bahtera Nabi Nuh as ini, hinggakan binaan asalnya masih kukuh hingga kini. Gambar di atas (atas sekali) adalah satu sudut dalam bahtera Nabi Nuh, manakala gambar di bawah pula ialah bahan besi yang diperolehi daripada struktur bahtera tersebut. Gambar tersebut diiambil setelah kumpulan arkeologi dari Turki dan China berjaya memasuki bahtera Nabi Nuh as yang terdampar di puncak Gunung Ararat di Turki. Walallahualam

Sumber: http://www.lamankongsi.com

30 October 2012

Nabi Nuh Menangis.. Kenapa?

Beberapa kali saya pernah membaca beberapa cerita tentang kisah Nabi Nuh as. Semua orang tidak akan tersilap apabila disebut sahaja nama Nabi Nuh ianya amat sinonim dengan bahtera dan banjir besar. Namun amat sedikit yang mengetahui selain dari cerita itu. Sesungguhnya Allah swt menyebut di dalam Al-Quran, bahawa makna "Nuh" itu adalah "orang yang selalu menangis" atau tangisan yang berterusan. Menjadi pertanyaan kita mengapa pula Nabi Allah itu dipanggil Nuh dan sudah tentu ia mempunyai kisah yang sangat menarik dan boleh menjadi contoh yang berguna untuk umat manusia seluruhnya.

Diriwayatkan pada suatu hari Nabi Nuh a.s terserempak dengan seekor anjing yang sangat ganjil rupanya, anjing tersebut melintas di hadapan baginda dan berhenti dengan perasaan kehairanan. Rupa anjing itu bukan seperti anjing-anjing biasa, kerana anjing tersebut mempunyai 4 mata. Lantas Nabi Nuh bertanya: "Wahai anjing, aku lihat muka kau ini begitu hodoh, mata engkau ada empat dan tidak seperti anjing-anjing yang lain. Mengapa boleh jadi begini?" Anjing itu pun menjawab: "Kau tanyalah siapa yang menjadikan aku. Kau fikir aku yang mengkehendaki mukaku hodoh begini?" Tanyalah Tuhan yang menjadikan aku dan juga yang menjadikan engkau?"

Dengan jawapan anjing tersebut maka Nabi Nuh a.s pun menangis tidak berhenti-henti, baginda merasa amat bersalah mengkritik kejadian Allah. Dia menagis dan terus menagis untuk beberapa ketika kerana menyedari akan dosanya itu. Tidak henti-henti dia memohon keampunan daripada Allah SWT.

Sejak itulah nama baginda dikenali sebagai Nuh (raungan) dan nama Nabi Nuh as diabadikan dalam Al-Quran dan diampunkan dosanya oleh Allah SWT.

Setelah baginda ditegur oleh Allah SWT mengenai keluarganya yang tidak mengikut jalan kebenaran, Nabi Nuh menangis bermunajat selama 300 tahun, kerana malu kepada Allah atas teguran itu Nabi Nuh tidak mendongak ke langit selama 40 tahun .

Rujukan :

Cerita dan Doa dari Hadis dan Al-Quran
Himpunan Cipta : Wan Jamal bin Haji Wan Mat Saman halaman 16.

29 October 2012

Tahlil Aidil Adha 1434H/ 2012M

Alhamdulillah tahun ini kami sekeluarga beraya Aidil Adha di rumah adik saya Adnan di Kota Tinggi. Raya Adha kali ini juga tidak sepenuhnya ahli keluarga kerana adik saya Azmee sedang menunaikan fardu hajinya bersama isterinya, manakala adik saya Azman beraya di Kuantan sahaja kerana anak bungsunya menghadiri kelas tuition kerana pada hujung tahun ini Amir akan menghadapi peperiksaan SPMnya. Semoga Amir dipermudahkan oleh Allah semasa menjawab soalan serta diberikan ketenangan dan kesihatan yang baik.

Jadi, yang tinggal dan dapat beraya bersama tahun ini adalah emak, Adnan dan keluarganya (isterinya Shima dan anaknya Ammar), Ain bersama anaknya Amir dan saya sendiri. 

Cerita perjalanan kami berlaku pada hari rabu, selepas pejabat saya bertolak ke rumah Ain di Sekolah Menengah Arab Al Asyraf, Alor Gajah untuk ambil Ain dan Amir kemudian terus ke rumah Mak Cik Kiah di Bandar melaka untuk ambil emak. Selepas itu lebih kurang jam 5 petang kami bertolak ke Kota Tinggi dan kami tiba di rumah adik saya lebih kurang jam 9.00 malam.

Memandangkan kami masing-masing menyertai korban di tempat-tempat lain, maka tidaklah dapat kami menghadirinya. Pun begitu tiada acara khusus yang dilakukan selain dari solat Aidil Adha di pagi hari dan malamnya adik saya Adnan memimpin bacaan Yassin dan tahlil untuk disedekahkan pahalanya untuk insan tercinta yang sudah tiada. Kelihatan Adnan sedang membacakan doa tahlil dan diaminkan oleh Ammar, Ain dan kami yang lain yang tidak kelihatan di dalam foto di atas.

Emak, saya dan Ain di baris belakang di akhir acara........

13 Rekod Dunia Dipegang Bahtera Nabi Nuh A.S.

1.   Nabi Nuh as merupakan nahkoda tertua di dunia (berusia 600 tahun) Ibnu Abbas menceritakan bahawa Nabi Nuh diutus kepada kaumnya ketika baginda berumur 480 tahun. Tempoh masa kenabiannya adalah 120 tahun dan baginda berdakwah selama 5 abad. Baginda mengharungi banjir ketika beliau berumur 600 tahun dan kemudian setelah banjir beliau hidup selama 350 tahun.

2.   Bahtera Nabi Nuh Merupakan Kapal Terbesar Di Dunia Yang Diperbuat Daripada Kayu.
Ibnu Abbas menceritakan bahawa suatu ketika dengan mukjizat yang dikurniakan Allah, Nabi Isa as menghidupkan Ham bin Nuh dan bertanya kepadanya kenapa rambutnya beruban, dia menjawab bahawa dia meninggal dunia pada usia muda kerana ketakutannya terhadap banjir besar. Ia berkata lagi bahawa panjang kapal Nabi Nuh a.s adalah 1,200 Kubit dan lebarnya 600 Kubit dan mempunyai 3 lapisan (tingkat).

3.   Bahtera Nabi Nuh Merupakan Alat Pengangkutan Laut Pertama Di Dunia. Allah membimbing Nabi Nuh a.s membuat bahtera yang kuat untuk menghadapi serangan taufan dan banjir. Bahtera Nabi Nuh a.s dianggap sebagai alat pengangkutan laut pertama di dunia.

4.   Bahtera Nabi Nuh Merupakan Alat Pengangkutan Laut Pertama Di Dunia Yang Diperbuat Daripada Kayu. Bersama para pengikutnya, Nabi Nuh mengumpulkan paku dan menebang kayu besar dari pohon yang beliau tanam selama 40 tahun.

5.   Bahtera Nabi Nuh Merupakan Kapal Bertingkat Pertama Di Dunia (3 tingkat), Panjang kapal Nabi Nuh adalah 1,200 Kubit dan lebarnya 600 Kubit dan mempunyai 3 lapisan. Tingkat pertama diletakkan binatang-binatang liar dan yang sudah dijinakkan, tingkat kedua ditempatkan manusia dan tingkat ketiga untuk burung-burung.

6.   Bahtera Nabi Nuh Merupakan Kapal Belayar Yang Tertinggi Dari Dasar Laut. Menurut Al Qur’an, bahtera Nuh telah mendarat di atas Bukit Judi. Ada pendapat lain yang menunjukkan bahawa bahtera Nabi Nuh mendarat di atas sebuah gunung di wilayah Kurdi atau lebih tepat di bahagian selatan Armenia. Manakala ada pendapat lain dari Wyatt Archeological Research, menyatakan bahawa bukit tersebut terletak di wilayah Turkistan Iklim Butan, Timur laut pulau yang disebut oleh orang-orang Arab sebagai Jazirah Ibnu Umar (Tafsir al-Mishbah).

7.   Bahtera Nabi Nuh Adalah Kapal Anti-Taufan Dan Banjir Pertama Di Dunia, Allah membimbing Nabi Nuh a.s membuat bahtera yang kuat untuk menghadapi serangan taufan dan banjir.

8.   Bahtera Nabi Nuh Adalah Kapal Pertama Yang Berlayar Tanpa Kompas. Setelah bahtera itu disiapkan, Kitab Kejadian menggambarkan bahawa air menenggelamkan bumi selama 150 hari lamanya dan setelah itu air mulai surut.

9.   Bahtera Nabi Nuh Dinakhodai Oleh Bukan Ahli Laut. Nabi Nuh adalah seorang nabi yang diceritakan dalam Taurat, Al-kitab, dan Al-Quran. Nabi Nuh a.s diangkat menjadi nabi sekitar tahun 3650 SM. Dikatakan beliau tinggal di wilayah Selatan Iraq moden.

10.   Bahtera Nabi Nuh Adalah Satu-Satunya Kapal Dengan Penumpang Paling Sedikit Pertama Di Dunia.
Ibnu Thabari menceritakan setelah kapal berlabuh di pergunungan Ararat, ia kemudian membangunkan satu kota di daerah Ararat (Qarda) di sebuah kawasan termasuk Mesopotamia dan menamakan kota tersebut sebagai Themanon (Kota delapan Puluh) kerana kota tersebut dibangunkan oleh orang yang beriman berjumlah 80 orang.

11.   Bahtera Nabi Nuh Adalah Kapal Yang Mengangkut Binatang Berpasangan Terbanyak Di Dunia. Nabi Nuh memiliki 4 orang anak laki-laki iaitu Kan’an, Sem, Ham, dan Yafet. Menurut kitab Kejadian, pada waktu terjadinya air bah yang menutupi seluruh bumi; hanya beliau sekeluarga (isterinya, ketiga-tiga anaknya, dan ketiga-ketiga menantunya) dan binatang-binatang yang ada di dalam bahtera Nuh yang selamat dari air bah tersebut.

12.   Bahtera Nabi Nuh Merupakan Satu-Satunya Kapal Yang Mendarat Di Gunung. Berdasarkan foto yang diambil dari gunung Ararat, menunjukkan sebuah perahu yang sangat besar dikatakan memiliki luas 7,546 kaki dengan panjang 500 kaki, lebar 83 kaki dan tinggi 50 kaki dan masih ada tiga tingkat lagi di atasnya.

13.   Bahtera Nabi Nuh Adalah Kapal Yang Mengharungi Banjir Paling Lama Di Dunia. Kitab Kejadian menggambarkan bahawa air yang menenggelamkan bumi selama 150 hari lamanya dan setelah itu air mulai surut. Nuh menunggu hingga bumi benar-benar kering sebelum membuka pintu bahtera.

Sumber: http://www.lamankongsi.com

28 October 2012

Perbezaan Kandungan Al Quran, Kitab Injil Dan Kitab Injil Lama Mengenai Mayat Raja Firaun

Mumia Firaun(Ramses II)
Beberapa bulan yang lepas saya pernah memaparkan artikel mengenai Mumia Ramses II yang dipercayai oleh ramai penyelidik dialah Firaun yang menjadi ayah angkat kepada Nabi Musa as semasa kecilnya. Pada masa itu Firaun berada did dalam ketakutan apabila dia dimaklumkan oleh ramai ahli sihirnya bahawa di suatu saat nanti dia akan dijatuhkan oleh seorang anak lelaki. Maka dia memerintahkan supaya semua kanak-kanak dan bayi lelaki yang lahir di Mesir dibunuh. Sesungguhnya Allah menjalankan perancangannya dengan bijaksana sekali di mana kanak-kanak itu membesar di dalam istananya tanpa dia sedari.

Dan Firaun ini jugalah Firaun yang ganas dan menyimpan ratus malahan beribu ahli-ahli sihir semasa pemerintahannya yang pernah dikumpulkan untuk mengalahkan Nabi Musa as. Sesungguhnya kesah ini perlu dijadikan ikhtibar kepada kita semua bahawa Allahlah yang maha kuasa yang Maha kuat ... memang tiada manusia maupun jin yang mampu mengatasi kuasa dan kekuatan Allah.

Kali ini saya ingin berkongsi dengan kawan-kawan mengenai pandangan ramai penyelidik dari pelbagai kepercayaan mengenai Firaun ini.

Sebelum itu seperti biasa kredit kepada penuli asal artikel ini. Silalah baca bersama.....

Mumia Ramesses II pada pertengahan tahun 1975. Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramasses II yang sangat terkenal.

Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa as yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa as dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya.

Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris. Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan majlis keramaian. Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka.

Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.


Prof. Dr. Maurice Bucaille Bucaille adalah seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi.

Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat.

Kesempatan untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun ini di manfaat sepenuhnya oleh Bucaille. Beliau mengerah seluruh tenaga dan pengalamannya untuk membongkar misteri di sebalik kematian raja Mesir kuno itu, hasilnya sangat mengejutkan.

Dr. Bucaille menjumpai sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu tidak buruk.

Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille. Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut? Beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang dipercayainya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.


Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (tajuk asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La idecine).
Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis.

Kisah Firaun di dalam Al-Quran: Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru. “Jangan panik kerana sesungguhnya umat Islam telah mengetahui tentang peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga ke hari ini!”

Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang berlaku lama dahulu tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih.



Hakikatnya Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa Al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telah pun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian 'mayatnya dipelihara'.

Beliau tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan Al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak 1,400 tahun yang lalu.

Sambil mata tidak terlepas dari memandang mumia Firaun yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana Al-Quran dapat menyatakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu.
“Adakah masuk akal, di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa? Apakah masuk akal Muhammad mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum Al-Quran diturunkan,” kata hatinya sendirian.

Beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya menyatakan Firaun tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun.

Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15).

Penemuan Roda Kereta Firaun di dasar Laut Merah
Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam.

Ini menjadikan beliau semakin kebingungan. Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka.

Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat Al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri: “Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami." (Yunus: 92).

Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.

Lalu dengan hati yang begitu sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan Al-Quran ini.” Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan mengkaji seluruh isi Al-Quran.



Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science: The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.

Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa Al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya.

“Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam Al-Quran.

“Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya. Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi Al-Quran benar-benar kalam Allah.

27 October 2012

Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran Buat Adikku Adnan

Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut hari ulang tahun kelahirannya yang disambut pada hari ini iaitu 27 Oktober. Seperti juga tahun-tahun yang lepas ucapan sahaja yang dapat saya sampaikan melalui telepon dan melalui blog ini.

Saya mendoakan agar Allah swt mengurniakan kepada adik saya Haji Adnan kehidupan dunia dan akhirat yang barkat dan penuh dengan kasih sayang Allah kepadanya dan juga keluarganya. Sorry tak ade kek dan hadiah!!!

Saya percaya isterinya dan anaknya akan meraikan hari ini dengan meriah seperti tahun-tahun yang lepas.

Terima kasih juga kepadanya atas segala bantuannya kepada saya, emak, Ain dan adik-adik yang lain.

26 October 2012

Teknologi Bahtera Nuh as

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgYLneXRtu_Nvt5SbSvlpavUEFE0ugQo8e1WKsv9QdDP3kbXSDrxrMmQYK7SOFCruiLl8r3kMHVz9zvLoqMp5cinbvj-UoGOvhNi2sW7SVve7DFkTbWNjWCWbf7AvnGREmJVKL04zJhyQc/s1600/Kapal_Nuh_Bersan_48e19a5ef0a16_ll.jpg.jpg 
Banjir besar dunia (Bencana Nuh), berdasarkan penemuan-penemuan geologi dianggarkan terjadi sekitar tahun 11.000 SM atau 13.000 tahun yang lalu.

Bencana Nuh ini juga melanda Nusantara. Hal ini boleh kita buktikan dengan penemuan ikan spesifik yang bernama ikan belido, di 2 buah pulau yang berbeza, iaitu Sumatera (sungai musi) dan Kalimantan (sungai kapuas).

Dikatakan Pulau Sumatera dan Kalimantan dahulunya adalah dataran yang bersatu, di mana sungai musi dan sungai kapuas merupakan anak sungai dari sebuah sungai yang pada masa ini berada di dasar laut Selat Malaka. (sumber: Banjir di Zaman Nabi Nuh dan Forum Diskusi Banjir Nuh).

Berdasarkan ilmu Geografi, Pulau Jawa, Sumatera, Kalimantan dan Jazirah Malaka dipisahkan oleh laut yang cetek. Dikatakan juga sebelum terjadi bencana Nuh, pulau-pulau itu berada dalam satu daratan yang disebut sebagai Pentas Sunda (Sunda Plat).

Beberapa ilmuwan di antaranya Profesor Aryso Santos dari Brasil, berpendapat bahawa Pentas Sunda ini dahulunya merupakan benua Atlantis, seperti disebut-sebut oleh Plato di dalam bukunya Timeus dan Critias.

Peradaban Tinggi Masa Lalu

Berdasarkan kepada penemuan naskah kuno di dalam Piramid Besar Cheops, yang mengatakan piramid dibina ‘pada waktu gugusan bintang Lyra berada di rasi Cancer’. Menurut sejarawan, Abu Said El Balchi, peristiwa tersebut terjadi di sekitar 73.300 tahun yang lalu.

Kemajuan teknologi di masa lalu juga boleh dilihat dari kecanggihan kapal yang dibina oleh Nabi Nuh as bersama pengikutnya di sekitar 11.000 SM (13.000 tahun yang lalu).

Cuba kita fikirkan kenyataan di bawah:

1.   Kapal ini boleh memuatkan ribuan bahkan mungkin ratusan ribu pasang haiwan, yang kelak menjadi nenek moyang haiwan masa kini;

2.   Masing-masing haiwan mesti ditempatkan sesuai dengan habitatnya. Unta harus di tempat yang panas. Penguin harus di daerah sejuk. Belum lagi mengambil kira binatang-binatang kecil seperti semut, kutu, cengkrik, dan lain-lain. Semuanya mesti disiapkan tempat yang khusus. Jika tidak, jelas binatang-binatang kecil itu boleh terinjak-injak oleh binatang-binatang lainnya yang lebih besar saiznya atau yang berlainan tabiatnya;

3.   Untuk pelayaran berminggu-minggu 'nakhoda' perlu menyediakan gudang makanan yang besar dan canggih. Jika tidak, kemungkinan besar semua tikus dimakan oleh ular, akibatnya tikus menjadi pupus dari bumi ini. Ini belum mengambilkira makanan untuk harimau, singa dan buaya. Untuk lembu, kambing dan kuda juga harus disiapkan rumput segar.

4.   Tempat makanan juga mesti bersih, kerana jika haiwan tersebut sakit lalu mati, haiwan tersebut akan menjadi pupus. Mungkin kita tidak akan pernah melihat lagi haiwan-haiwan yang mati dalam bahtera itu di masa sekarang.

5.   Kapal tersebut juga dirancang agar tahan terhadap terjahan gelombang ganas dan air banjir yang mungkin 1,000 kali lebih hebat dari tsunami yang berlaku di Indonesia atau jepun baru-baru ini.

Cuba kita lihat pula apa yang Allah ceritakan di dalam Al Qur’an mengenai gelombang dan air banjir yang berlaku pada ketika itu yang diumpamakan seperti gunung besarnya sebagaimana firman-Nya:  ”Dan bahtera itu berlayar membawa mereka dalam gelombang laksana gunung…” (QS. Hud (11) ayat 42-43).

Bahkan berdasarkan pendapat, salah seorang cendikiawan Muslim, Ustadz Nazwar Syamsu dalam Buku Serial “Tauhid dan Logika“, bencana Nuh ini, telah mengakibatkan bergesernya kutub utara bumi dan akibatnya meletakkan Makkah kepada posisinya yang sekarang.

Dengan memperhatikan betapa dahsyatnya teknologi Bahtera Nuh ini, rasanya sukar bagi kita untuk mempercayai penemuan Ekspedisi “Noah’s Ark Ministries International” (NAMI) dari Hongkong, yang mengatakan telah menemui ”The Great Noah Ark”, di gunung Arafat Turki, pada ketinggian 4.000 meter, sekitar bulan April 2010.

Hakikatnya, Kapal Nabi Nuh as merupakan kapal tercanggih yang pernah dibuat oleh umat manusia yang belum ada tandingannya lagi sehingga kini. Dan sehingga sekarang ini kewujudannya masih lagi misteri.

Sumber: http://www.lamankongsi.com

25 October 2012

Bahtera Nabi Nuh?

Beginikah rupanya bahtera Nabi Nuh as?
Dunia pernah digemparkan dengan penemuan bekas di mana bahtera Nabi Nuh as mendarat, selepas dari itu banyak dakwaan-dakwaan lain yang memaklumkan bahawa bahtera Nabi Nuh as itu mendarat di kawasan/ negara masing-masing. Walau apa pun hanya Allah swt sahaja yang maha mengetahui. Kini seorang warga Holand yang bernama Johan Huibers telah membangunkan replika bahtera Nabi Nuh as yang didakwanya menyerupai bantera sebenar berdasarkan kepada ukuran-ukuran seperti yang dijelaskan di dalam beberapa kitab samawi.

Sebagai seorang muslim saya lebih mempercayai segala ayat yang dinyatakan oleh Allah di dalam kitab sucinya Kitab Al-Quran. Cerita mengenai Nabi Nuh as dikisahkan dalam satu surah yang dinamakan Surah Nuh, surah ini mengandungi 28 ayat. Selain dari surah ini, cerita Nabi Nuh juga ada disebut di dalam surah Hud, sila rujuk ayat 40–41 yang berbunyi:

“Dan apabila datang hukum Kami untuk membinasakan mereka dan air memancut-mancut dari muka bumi (faara at-tannur), Kami berfirman kepada Nabi Nuh: Bawalah dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap sejenis haiwan (jantan dan betina) dan bawalah ahlimu kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya (disebabkan kekufurannya), juga bawalah orang-orang beriman dan tidak ada orang-orang yang beriman yang turut bersama-samanya, melainkan sedikit sahaja. Ayat 40

Dan (ketika itu) berkatalah Nabi Nuh (kepada pengikut-pengikutnya yang beriman): Naiklah kamu ke bahtera itu sambil berkata: Dengan nama Allah bergerak lajunya dan berhentinya. Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Ayat 41.

Bolehkah kita bayangkan sebesar mana ukuran sebenar bahtera tersebut. Jika mengikut isi yang pernah mendiami bahtera itu saya jangkakan ukuran bahtera itu memangnya cukup besar, mana tidaknya selain daripada lebih kurang 80 manusia, bahtera itu juga menjadi tempat berlindung sepasang ribuan jenis haiwan seperti zirafah, gajah, singa, harimau, buaya, zebra, ular, bison, pelbagai jenis burung, seranggan dan haiwan-haiwan yang lain.

Dan bayangkan pula besarnya gelombang yang melanda bahtera itu, sudah tentu saiz bahtera itu bukan calang-calang bagi memastikan ianya boleh menentang gelombang yang ganas tersebut. Zaman ini kita sendiri pernah melihat bagaimana gelombang tsunami yang ganas yang baru-baru ini berlaku diJepun telah memusnahkan banyak bangunan, kapal dan binaan besar yang lain. Ramai antara kita yang cuba tidak mengambil ikhtibar dari banjir dan gelombang besar sama ada yang berlaku di zaman Nabi Nuh as atau di zaman kita, bahawa Allah berkuasa untuk memberi petunjuk/ petanda kepada makhluknya setelah makhluknya seakan terleka dan terlupa tentang perbuatan mereka yang mencabar Allah Taalah dan melampaui batas. Wallahu 'alam.

Kursus: Persembahan Kumpulan Hari Ke2

Lagi beberapa photo persembahan dalam kumpulan yang berjaya dilakukan oleh peserta kursus. They are all brilliant. 

Lumrahlah mula-mula mereka akan rasa malu-malu, maklumlah dah lama tidak ke hadapan pentas, tetapi lama-lama tengok sahaja gaya mereka..... seperti profesional.

Saya rasakan Jabatan perlu mengambilkira akan latihan/ kursus/ seminar/ bengkel untuk semua lapis warganya, kerana melalui medium ini sahaja dapat membentuk warga yang lebih baik terutamanya dalam membentuk sikap. cara berfikir dan cara berkomunikasi.

Pada saya aset utama dalam sesebuah organisasi adalah modal insanya dan ianya tidak terkecuali di peringkat bawahan kerana semua peringkat memainkan peranan masing-masing.

Umpama peribahasa Ingeris No man in Island - maksudnya mana mungkin seseorang dapat hidup dalam persekitaran keseorangan tanpa bantuan orang lain dan tidak ada kejayaan oleh seseorang individu sahaja... betul kan!!!! 

melalui seqmen ini juga kita dapat melihat bakat kepimpinan seseorang, bakat kepimpinan bukan hanya dikurniakan kepada pegawai atasan malahan ianya tersembunyi di dalam diri jika tidak dicungkil keluar maka sukar kita mengetahui kemampuan staf kita... dan itu permulaannya kerugian sesebuah organisasi

Jadi.... pastikan semua warga organisasi kita menghasiri kursus/ seminar/ latihan/ bengkel atau sebagainya sekurang-kurangnya sekali dalam setahun.


24 October 2012

4 Pertanyaan Di Padang Mahsyar

Kiamat lebih teruk dari ini sehinggakan kita tidak dapat membayangkannya
Sebelum teman-teman meneruskan bacaan ini suka saya menyampaikan rasa terima kasih kepada penulis asal artikel ini yang saya sendiri tidak mengenalnya. Saya mohon maaf kerana saya membuat sedikit penambahan kepada artikel ini.

Ambillah aktibar dari artikel ini kerana kiamat memang akan benar-benar terjadi... kiamat adalah persinggahan kita ke alam yang lebih kekal. Tetapi masa kita berada di Padang Masyar lebih lama sehinggakan kita akan menyesali segala apa yang kita lakukan di dunia ini nanti. Jadi jom kita lihat apakah 4 soalan yang akan ditanyakan di Padang Masyar tu nanti.

Setiap Muslim wajib mengetahui mengenai Hari Akhir Zaman atau Hari Kiamat. Bahkan hal itu merupakan rukun iman yang kelima. Di dalam hadis-hadis shahih diterangkan bahwa setelah dunia ini hancur binasa, semua manusia yang di dalam kubur dibangkitkan dan semua akan dikumpulkan oleh Allah di Padang Mashyar. Siapkah kita menghadapi peristiwa tersebut? Apa pula yang akan terjadi pada saat itu?

Ketahuilah teman-teman bahawa pada saat itu manusia akan diminta mempertanggungjawabkan oleh Allah Ta’ala tentang segala macam yang telah dilakukan selama hidup di dunia ini. Pada hari itu sudah tidak berguna lagi harta, anak, tidak bermanfaat apa yang dibanggakan selama di dunia ini. Pada hari itu hanya ada penguasa tunggal, iaitu Allah Subhanahu wa Ta’ala yang telah memberikan berbagai macam nikmat kepada manusia, kemudian Dia menyuruh menggunakan nikmat tersebut sebaik-baiknya dalam rangka mengabdi kepada-Nya.

Kerana Allah telah menganugerahkan nikmat-nikmat itu kepada manusia, maka sangat wajar apabila Dia menanyakan kepada manusia untuk apa nikmat-nikmat itu digunakan. Dalam sebuah hadits Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda: ”Tidaklah bergeser kedua kaki seorang hamba (menuju batas shiratul mustaqim) sehingga ia ditanya tentang umurnya, untuk apa ia habiskan, ilmunya untuk apa ia amalkan, hartanya darimana ia peroleh dan kemana ia habiskan, dan badannya untuk apa ia gunakan.” (HR Tirmidzi dan Ad-Darimi).

Umur

Umur adalah sesuatu yang tidak pernah lepas dari manusia. Bila kita berbincang-bincang tentang umur, maka berarti kita berbicara tentang waktu. Allah dalam Al-Qur’an telah bersumpah dengan waktu: ”Demi masa”, maksudnya agar manusia lebih memperhatikan waktu. Waktu yang diberikan Allah adalah 24 jam dalam sehari-semalam. Untuk apa kitagunakan waktu itu? Apakah waktu itu untuk beribadah atau untuk yang lain, yang sia-sia?

Keadaan umat Islam saat ini sangat memprihatinkan. Ada di antara mereka yang tidak mengerti ajaran agamanya dan ada yang tidak mengerti ilmu pengetahuan umum. Bahkan ada di antara mereka yang buta huruf baca tulis Al-Qur’an. Bila kita mau meningkatkan iman dan amal, maka seharusnyalah kita bertanya kepada diri masing-masing. Sudah berapa umur kita hari ini dan apa yang sudah kita ketahui tentang Islam, apa pula yang sudah kita amalkan dari ajaran Islam ini? Janganlah kita termasuk orang-orang yang rugi.

Ilmu

Yang membedakan antara Muslim dan kafir adalah ilmu dan amal. Orang Muslim berbeza amalannya dengan orang kafir dalam segala hal, dari mulai kebersihan, berpakaian, berumah tangga, bermuamalah dan lain-lain. Seorang Muslim diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya agar menuntut ilmu. Allah berfirman: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" (QS Az-Zumar [39] : 9)

Jika diamati ayat ini berbentuk pertanyaan namun ianya mengandung perintah untuk manusia menuntut ilmu. Menuntut ilmu agama hukumnya adalah wajib atas setiap individu Muslim, misalnya tentang membersihkan najis, berwudhu yang benar, cara shalat yang benar dan hal-hal yang dilaksanakan setiap hari. Karena bila ia tidak tahu, maka amalannya akan tertolak, dan Allah akan bertanya kenapa ia mengikuti apa yang tidak ia ketahui, seperti dalam firman-Nya: ”Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.” (QS Al-Isra [17] : 36)

Ilmu yang sudah dipelajari oleh umat Islam harus digunakan untuk kepentingan Islam. Ilmu yang sudah dituntut dan dipelajari wajib diamalkan menurut syariat Islam. Ilmu tidak akan berarti apa-apa dalam hidup dan kehidupan manusia kecuali bila manusia mengamalkannya. Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda: ”Beramallah kamu (dengan ilmu yang ada) kerana tiap-tiap orang dimudahkan menurut apa-apa yang Allah ciptakan atasnya.” (HR Muslim)

Harta

Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda: ”Bagi tiap-tiap umat itu fitnah dan sesungguhnya fitnah umatku adalah harta.” (HR At-Tirmidzi dan Hakim)

Harta pada hakikatnya adalah milik Allah. Harta adalah amanat Allah yag dilimpahkan kepada umat manusia agar dia mencari harta itu dengan halal, menggunakan harta itu pada tempat yang telah ditetapkan oleh syariat Islam. Bila kita amati keadaan umat Islam saat ini, banyak kita dapati di anara mereka yang tidak peduli lagi dengan cara mengumpulkan hartanya, apakah dari jalan yang halal atau jalan yang haram. Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam telah meramalkan hal ini dengan sabdanya: ”Nanti akan datang suatu masa, di masa itu manusia tidak perduli dari mana harta itu ia peroleh, apakah dari yang halal atau dari yang haram.” (HR Al-Bukhari)

Setiap Muslim harus hati-hati dalam mencari mata pencarian hidupnya kerana banyak manusia yang terdesak masalah ekonomi lalu ia hingga tidak perduli lagi dari mana harta itu ia peroleh. Ada yang memperoleh harta dari usaha-usaha yang batil, misalnya hutang tidak dibayar, rasuah, riba, merompak, berjudi dan lain sebagainya. Orang yang mencari usaha dari yang haram akan mendapat siksa dari Allah, seperti disabdakan oleh Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam: ”Barangsiapa yang dagingnya tumbuh dari barang yang haram, maka Neraka itu lebih patut baginya (sebagai tempat).” (HR Al-Hakim).

Harta yang kita dapat dengan cara yang halal harus pula kita infaqkan pada jalan yang benar pula. Bila tadi disebutkan bahwa harta itu milik Allah, maka wajib pula kita gunakan harta itu untuk dalam rangka menegakkan kalimat Allah di muka bumi ini.

Badan

Manusia merupakan mahluk yang paling sempurna yang diciptakan Allah di muka bumi ini. Dengan kesempurnaan susuk tubuh serta akal fikiran yang diberikan Allah, manusia dijadikan sebagai khalifah di bumi, manusia dibebani taklif agar dapat melaksanakan fungsinya dengan baik. Jasmani manusia ini dituntut bekerja untuk melaksanakan fungsi khalifah dalam rangka mengabdi kepada Allah.

Letihnya manusia dalam melaksanakan ibadah kepada Allah mendapat ganjaran pahala. Tetapi bila letihnya dalam rangka bermain-main, mengerjakan maksiat, perbuatan sia-sia, beribadah dengan yang tidak dicontohkan oleh Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam, maka sia-sia letihnya itu, bahkan ada yang akan dibalas dengan api Neraka, kerana mereka termasuk orang-orang yang celaka, sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam: ”Tiap-tiap amal (pekerjaan) ada masa-masa semangat dan tiap-tiap masa semangat ada masa lelahnya, maka barangsiapa lelah letihnya karena melaksanakan sunnahku, maka ia telah mendapatkan petunjuk, dan barangsiapa yang letihnya bukan kerana melaksanakan sunnahku, maka dia termasuk orang yang binasa.” (HRAl-Hakim dan Al-Baihaqi).

Demikianlah, pada hari mashyar masing-masing manusia akan diminta pertanggungjawabkan atas segala perbuatan yang telah dikerjakannya selama hidupnya di dunia. Sudah siapkan kita menjawab pertanyaan-pertanyaan itu? Kalau belum, bila lagi kita mempersiapkan diri kalau tidak sekarang?

JANGAN LUPA: Esok Ulang Tahun Kemenangan ISlam

Assalamualaikum wahai saudaraku sekelian, ingatkah saudara saudari bahawa esok adalah hari ulang tahun kemenangan bagi agama Islam. Hari esok pada lebih kurang 1,400 tahun yang lalu di Padang Arafah, iaitu pada Haji terakhir Rasulallah saw, Allah swt telah menyampaikan kepada Rasulallah saw bahawa itulah harinya di mana Allah telah menyempurnakan agama suci kita ini.

Apa yang patut kita buat untuk meraikan hari itu, iaitu esok? ramai alim ulama Islam menyarankan esok adalah hari terbaik untuk berpuasa kerana Allah, sebagai tanda menyucapkan rasa syukur kita dipilih Allah untuk menganuti agama ini yang tidak ada tolok bandingnya di alam sejagat ini. Jadi jom saudara-saudaraku kita berpuasa sunat esok, biar syaitan dan kaum kerabatnya meluat melihat kita yang ramai-ramai berpuasa sunat. Lagi pun pada esok hari juga syaitan akan tertunggeng-tunggeng seperti apa yang berlaku pada 1,400 tahun yang lalu.

Jangan lupa ya, esok sama-sama kita berpuasa ya.