Sepanjang jalan ke Utara (tempat yang kami tuju adalah Lake Town Taiping) cuaca cantik sahaja, tiada hujan yang turun tetapi cuaca agak panas juga. Kami mengambil keputusan untuk singgah di R&R Sungai Perak untuk melepaskan hajat masing-masing dan mengambil makan tengahari di sini.
Semua dengan wajah ceria - kami berehat menantikan ahli-ahli yang lain berkumpul. Bermesyuarat sekejap untuk memutuskan apa yang hendak dimakan. Akhirnya masing-masing bertebaran menyenguk dari 1 gerai ke 1 gerai.
Akhirnya Shima ternampak ada gerai yang menjual cendol.... apa lagi - dia orderkan untuk semua orang.
Ain dan Amir sedang khusuk menikmati makanan masing-masing - entah apa yang hendak dikatakan oleh Ain agaknya??? dah tak dapat untuk memberi tumpuan kerana tumpuan semua orang sekarang ini adalah pada makanan masing-masing. Makan dulu ya...... Sila sila...
Shima dengan senyuman yang manis... maklumlah dah order cendol dan kemudian order nasi pulak. Yang sebenarnya kami memang kelaparan - dalam bahasa yang agak kasar "kami memang kebulur sangat ni"
Ammar makan laksa dulu... kalau nak tahu selepas itu dia makan nasi pulak dan diikuti dengan kuih pau.... anak saudara saya yang seorang ini memang kuat makan tetapi badan dia macam tu jugak. Teringat ayah dia dan 2 lagi adik lelaki saya semasa umur seperti dia juga memang kuat makan. Agaknya anak-anak lelaki yang sedang membesar memang macam ni kot.
Alhamdulillah.... semua pinggan dah kosong, tengok mangkok cendol pun sudah tidak berkesan lagi semuanya habis dimakan. Gerai di R&R Sungai Perak ke Utara memang sedap masakan mereka. Kalau kawan-kawan nak cuba berhentilah sekejap.
2 comments:
Kena bagi ammar makan cukup2 sbb lps tu ada banyak benda dia nk kena tlg angkat.
Bila difikirkan budak-budak ni dah semakin besar... rasa risau juga, kerana nanti apabila kita nak bercuti takut dia orang dah tidak mahu ikut lagi kerana dah besar. Kalau mereka tidak ada memang susahlah hidup kita, barang-barang yang kita bawa bukan sikit-sikit macam nak duduk lama.... Pasal makan tak de masalah... sebab apa yang kita makan dia makan juga, Ammar bukan pemilih sangat - itu yang senang.
Terima kasih Ammar!!!!
Post a Comment