Ammar di kolam air besar - kolam air ini menjadi tumpuan pengunjung pelbagai bangsa, ombak akan memukul pantai tiruan mengikut jadual kalau tidak silap setiap setengah atau 1 jam - dan jangka masa ombak tersebut beroperasi adalah lebih kurang 15 minit atau lebih sedikit.
Ammar dan Amir berdiri di bawah pancuran air. Tak sakit kepala ke budak-budak ni? sebabnya melihat kepada aliran air agak kuat juga.
Ammar berlatar belakangkan kolam air terbesar di taman teman ini, waktu sudah tengahari dan ramai pengunjung yang sudah berteduh.
Ammar dan Amir - apa agaknya yang hendak mereka lakukan? Pelampung di sini sudah habis disewa - jadi kedua-dua budak ini main air dengan tangan kosong saja. Deposit sewa RM20.00 sebiji, kalau tidak siap dan setelah bermain pelambung dikembalikan dan duit sewa juga dikembalikan kepada pengunjung.
Kedua-dua mereka mencuba di laluan air, tetapi air di sini cetek dan sesuai untuk kanak-kanak kecil sahaja.
Ammar melihat kembali gelongsor air yang baru sahaja dilaluinya tadi. Gelongsor air ini tinggi dan curam bagi anak-anak remaja dan orang dewasa bermain gelongsor ini tentu mencabar tetapi tidak sesuai untuk anak-anak kecil.
Amir sedang menggelonsor dengan gaya tersendiri.
Sampai terangkat baju Amir!!
No comments:
Post a Comment