Lake Town Resort Bukit Merah seperti juga resort yang lain di Malaysia mempunyai pakej yang serupa iaitu menyediakan Hotel & Appartment, Taman Tema dan kemudahan perjumpaan baik dalam skil yang kecil mahupun yang besar.
Apa yang ada di Lake Town Bukit Merah ni ya? di pintu masuk disediakan satu peta yang besar untuk memudahkan para pengunjung melihat kawasan/ lokasi/ kemudahan / permainan yang disediakan di taman ini. Boleh tahan luas juga taman tema ini, siap dengan ada pulau dan pelayaran lagi.
Kedai aiskrim yang besar... tentu Ammar dan Amir sangat menyukainya.... apa lahgi mereka makan aiskerim tapi saya saja yang tidak berani untuk menjamahnya bimbang kalau-kalau diserang asma pulak nanti. itu akan menyusahkan lagi urusan.....
Ha... inilah dia peta petunjuk yang saya katakan tadi. Lokasi taman tema ini memangnya bagus kerana kedudukannya di tebing mengellilingi tasek. Tasek ini mungkin besar jerana terdapatnya sebuah pulau yang menempatkan orang hutan di sana.
Petunjuk Peta atau Map LegendL 4 jenis penginapan, 7 tempat makan dan menjamu selera dan 12 tempat permaianan dan te,pat-tempat menarik yang boleh dikunjungi.
Tanda jalan yang terdapat di tengah-tengah taman tema, jalau tersesat mudah untuk mencari jalan keluar atau tempat untuk bertanya.
Untuk memasuki ke semua tempat-tempat di atas, pihak taman tema mengenakan pelbagai jenis bayaran mengikut kategori masing-masing. Kami tidak melawat ke semua lokasi hanya beberapa yang menarik perhatian sahaja.
Tanda/ pas kemasukan adalah gelang......
No comments:
Post a Comment