16 December 2012

Jom Lihat Negara Yang Menentang Pengiktirafan Palestine

Pada 29 November 2012 yang lalu, bersamaan 15 Muharram hari Khamis, penantian bertahun-tahun oleh rakyat Palestine akhirnya berakhir apabila Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengiktiraf Palestine sebagai sebuah negara berdaulat.

Bayangkan selepas 65 tahun, selepas banyak nyawa, airmata dan darah tumpah di tanah bertuah itu, akhirnya mereka mendapat kembali tanah air mereka yang selama ini dianggap sebagai no man country, tetapi keluasan Palestine telah menjadi kurang kerana dirampas oleh Israel. Hairan betul asalnya negara itu memang kepunyaan mereka kemudian tidak diiktiraf kini kembali diiktiraf semula. Walau bagaimanapun saya mengucap tahniah kepada seluruh rakyat Palestine, tidak sia-sia usaha semua pejuang mereka.

Berikut adalah statistik undian yang dilakukan oleh PBB:
138 negara yang menyokong;
41 berkecuali;
3 negara tidak hadir; dan
9 negara ridak menyokong.

Berikut adalah 9 buah negara yang memberikan suara menolak dalam rancangan resolusi pengiktirafan status negara Palestine:

Israel;
Amerika Syarikat (AS);
Kanada;
Republik Czech;
Mikronesia;
Nauru;
Palau;
Panama; dan
Marshall Islands

Selain AS dan Israel, 7 negara di atas adalah negara-negara kecil yang dilihat tidak membawa pengaruh besar terhadap pergolakan di Palestine.

Sementara itu dalam Kesatuan Eropah, terdapat 17 negara yang menyatakan sokongan untuk pengiktirafan Palestine, di antaranya Austria, Perancis, Itali, Norway, dan Sepanyol, manakala England dan Jerman memilih berkecuali.

No comments: