Rupanya Ecopark di hujung tempat singgah Chair-Lift. Ecopark ni seperti zoo yang memelihara pelbagai jenis haiwan. Sudah lama saya tidak ke zoo dan peluang ini tidak patut dilepaskan. Di Ecopark ini pihak pengurusannya menyediakan laluan seperti jambatan kayu kerana muka bumi yang berbukit.
Semasa kami tiba tidak ramai pengunjung, jadi lebih selesa bagi kami 'berbual-bual' dengan haiwan-haiwan yang ada di sini. Haiwan-haiwan di sini ada yang dikurung dan juga yang dilepaskan, tetapi tidak banyak haiwan yang jinak.
Ketibaan kami disambut oleh beberapa ekor burung seperti buruk merbuk dan burung merak. Yang ini adalah burung merak betina, rupanya tidak cantik seperti burung merak jantan seperti di bawah ini.
Keluarga saya tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar burung merak dan berharap agar burung ini mengembangkan bulunya... tetapi belum ada rezeki burung ni buat tak tahu je....
Saiz burung merak memang besar seperti ayam turki tetapi burung ini rendah sedikit dan badannya lebih slim. Semasa burung ini mengembangkan ekornya, ekornya akan ditegakkan dan dibuka seperti kipas tangan. Bulu-bulu burung ini yang berbagai warna membuatkan ianya cantik.
Yang ini belurung... ikhlas saya katakan, inilah pertama kali saya melihat haiwan ini, rasanya haiwan ini berkelakuan seperto haiwan Koala yang terdapat di Australia.... haiwan yang suka tidur dan sukar untuk terjaga walaupun kami bising. Tengok yang tidur atas dahan kayu tu... dia buat tak tahu sahaja akan kedatangan kami.
Monyet tangan putih ni tak besar sangat, sangat lincah dan suka buat pertunjukkan, berbunyi dan bergayut - cantik sebab saiznya yang tidak terlalu besar, rasanya macam boleh dipelihara.
Siapa yang tidak kenal dengan haiwan ini - kelihatan seperti manja tetapi liar bila kita dekati, rupanya haiwan ini takut dengan manusia dan sikap dia itu diturunkan kepada anaknya. Macam jinak-jinak merpati juga.
Ini adalah Beruang Matahari, saiz beruang ini tidak besar sangat tetapi nampak liar dan menakutkan kerana kuku haiwan ini yang panjang dan sangat tajam. Adakah senjatanya kuku, kalau begitu mangsanya tentu akan hancur dikerjakannya.
Saya tertanya-tanya kepada diri snediri adakah haiwan ini hidup berpasangan sebabnya bagi Beruang Matahari di atas mereka bergerak berdua-dua - ada kemungkinankah ini pasangan hidup mereka?
Buaya haiwan biasa ditemui di kawasan berair di negara kita, buaya yang ada di sini tidaklah besar sangat seperti Bujang Senang, saya teringin untuk melihat buaya yang besar hidup-hidup, selama ini hanya melihat gambar sahaja...
Adakah badan rusa memang panjang? rasanya saya pernah juga melihat rusa tapi taklah panjang sangat badan dia. Atau haiwan ini bukan rusa mungkin kaum kerabat haiwan yang sama seperti rusa. Siapa yang ada maklumat???
Ini pula adalah landak, tengok sahaja kepada bulu berduri di belakang badan dia menyeramkan saya, sebab mengikut pembacaan saya, lantik menyerang mangsanya dengan menembakkan bulu landak yang tajam ke arah mangsanya, bayangkan tercacak-cacak bulu landak di muka mangsa. Tetapi haiwan juga sebab di Thailand manusia menangkap landak untuk dijadikan makanan eksotik. Macam mana pula landak tidak perasan pemburu mendekatinya.
No comments:
Post a Comment