12 December 2012

Percutian 2012 Bukit Merah (Main Air Lagi) - Part 6

Ini satu lagi permainan air yang disedikan di taman tema ini. Dorm bulat yang sangat besar disediakan dengan beberapa tali untuk memanjat ke atasnya. Di atas dorm ini ada pancuran air yang juga berbentuk bulat tetapi airnya tidak kuat.

Amir sedang memanjat ke atas dorm dengan diperhatikan oleh Ammar. Mendaki dorm ini bukan mudah kerana permukaannya juga licin kerana air yang sentiasa mengalir turun, kalau silap langkah akan tergelincir dan tidak dapat naik ke atas.

Amir cuba mendaki tanpa menggunakan tali, dalam susah payah tiba juga dia di atas. Sementara Ammar sedia untuk meluncur turun agaknya.

Yeppi.... Ammar dan Amir sedang meluncur turun.

Mereka berdua mencuba beberapa kali mendaki dan meluncur turun sehingga mereka jemu. Kalaulah ada anak-anak saudara saya yang lain mungkin lagi meriah

Meluncur dengan yakin setelah beberapa kali melakukan luncuran saya rasa mungkin mereka merasa keseronokan kerana mereka dapat menguji ketahanan diri dan keyakinan mereka sendiri.

Di gigi dorm saya yang melihat pun terasa seronok, kenapa lah semasa saya kanak-kanak benda-benda begini tidak ada, kalau hendak meluncur pun terpaksalah meluncur di batu air terjun...

No comments: