Hairan bukan... kenapa air ini tidak bercampur? |
Sejak dulu lagi saya selalu terbaca tentang pertembungan 2 laut, malahan kejadian ini juga ada disebut di dalam AL Quran. Apabila ianya disebut di dalam Al Quran tentunya ada cerita yang menarik. Syangnya sampai kini saya masih belum ada masa untuk mencari artikel yang lebih menujakan apabila dibaca.
Di bawah disenaraikan beberapa ayat Al Quran yang ada menyentuh mengenai perembungan ini.
Surah Naml, ayat 61, maksudnya: ".... dan juga telah menjadikan suatu pemisah antara dua laut (yang masin dan yang tawar)? ......."
Surah al Furqan, ayat 53 yang bermakna: "Dan Dialah Tuhan yang telah mengalirkan dua laut berdampingan, yang satu tawar lagi segar menghilangkan dahaga dan yang satu lain masin lagi pahit, serta Dia menjadikan di antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi percampuran kedua-duanya".
Surah-surah di atas menerangkan bahawa air dari dua lautan bertemu di suatu kawasan, namun kedua-dua air ini tidak memasuki kawasan lawan mereka sebaliknya kedua-dua air dari laut-laut ini mengikuti arahan penciptanya dengan mengalir mengikut kawasan masing-masing dengan mengalir sebelah-menyebelah. Air laut-laut ini tidak saling bercampur seperti adanya batas yang tidak nampak oleh mata. Trntunya kita tertanya-tanya bagaimanakah fenomena ini boleh terjadi? itulah kejadian oleh Allah yang maha kuasa hanya kerana komposisi yang terkandung di dalam air laut itu menjadikan air seakan terpisah. Sepatutnya cecair akan bercampur apabila bertembung, tetapi disebabkan oleh suhu dan konsentrasi garam boleh menjadikan pengasingan dalam aliran air laut itu. Inilah yang berlaku di beberapa laut seperti Laut Tengah dan Samudra Atlantik, serta Laut Merah dan Samudra Hindia secara fisik saling bertemu, airnya tidak saling bercampur. Kedua-dua laut yang bertembung di Selat Gibraltar dengan Laut Mediteran terdapat perbedaan warna yang jelas yang menjadi batas antara keduanya. Dan Allah menyebutnya dalam Al Quran.
No comments:
Post a Comment