Daripada Anas bin Malik ra, Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah hampirnya hari qiamat itu, berlaku banyak kematian manusia secara mendadak" (hadis riwayat Thabrani) daripada Abu Hurairah ra pula,Rasulullah saw bersabda: "tidak akan datang hari qiamat sehinggalah berlakunya banyak gempa bumi" (hadis riwayat Bukhari) Rasulullah saw bersabda: "sebelum berlakunya hari qiamat, akan terdapatnya kematian yang amat menakutkan dan kemudian dari itu berlakulah tahun-tahun gempa bumi" (hadis riwayat Ahmad)
Daripada Ali bin Abi Thalib ra, Rasulullah saw bersabda: "apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu:
1. Apabila harta negara hanya beredar di kalangan orang tertentu sahaja;
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan;
3. Zakat dijadikan hutang;
4. Suami menurut kehendak isteri (dalam perkara bertentangan Syariat)
5. Anak derhaka terhadap ibunya;
6. Akan tetapi (anak tadi) sangat baik terhadap kawan-kawannya;
7. Ia (anak) suka menjauhkan diri daripada ayahnya;
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid;
9. Yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang paling hina di antara mereka;
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya;
11. Arak sudah diminum secara berleluasa;
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki);
13. Para artis-artis disanjung-sanjung;
14. Muzik banyak dimainkan/ didendangkan; dan
15. Generasi akhir umat ini akan melaknat generasi pertama (para sahabat terdahulu).
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi ataupun mereka akan dirubah menjadi makhluk lain" (hadis riwayat At-Tirmidzi)
Sudah tentu kawan-kawan mengakui bahawa hampir kesemua senarai di atas telah berlaku sekarang ini, silap-silap pelakunya adalah diri kita sendiri... astagfirullah.
Oleh itu Wahai rakanku sekelian, (terutamanya saya menasihati diri sendiri).... Apa lagi yang ditunggu??!! Beringatlah!! Kembalilah kepada Allah....jangan lagi nak berdolak-dalih! Janganlah kalian sombong dan ego terhadap Allah!! Sedarlah akan diriku dan kalian semua!! Adakah kita ingin menunggu maut datang di hadapan kita baru hendak bertaubat?? Sampai bilakah kita hendak tunggu, nantii, dan bertangguh untuk berubah dan membuat persediaan diri?? Adakah kita tahu bila agaknya Allah memanggil kita semula?? Adakah kita boleh jamin bahawa kita akan hidup sehingga ke akhir hari ini?? Akhir kata sama-samalah kita menanamkan azam untuk menunaikanlah kewajipan kita sebagai muslim dan kalau boleh sebagai pendakwah.

Semoga Allah sentiasa bersama dengan kita dan memandu kita sentiasa berada di jalannya yang direda'i dan dirahmati. Ameen,
No comments:
Post a Comment