Pergerakan Pergi
Sungguh membimbangkan pada permulaan kami untuk menaiki chair-lift ini, ianya tidak seperti kereta kabel di mana kita menaikinya dan duduk di dalamnya dengan ada dinding kaca. Tetapi menaiki chair-lift ini lain sedikit, di mana kita sudah sedia menunggu ketibaan chair-lift di tanda tapak kaki, apabila chair-lift tiba kita duduk sahaja, malangnya bila sudah duduk tidak boleh nak adjust keselesaan duduk sebab chair-lift sudah bergerak.
Giliran pertama naik adalah Shima dan Ain, apabila saya melihat Shima mengelabah, menjadikan saya juga mula mengelabah kerana selepas ini adalah giliran saya dan emak pula. Selepas itu baru giliran Ammar dan Amir.
Kesian mak, sebab berat badan emak ringan, kerusi tu seperti sendeng sebelah disebabkan berat saya. Sepatutnya saya naik dengan Shima dan emak dengan Ain untuk membolehkan kerusi itu stabil.
Apabila sudah berada di atas, baru rasa seronok sebab dapat melihat taman air ini dengan lebih jelas dan menyeluruh... nanti saya postkan gambar yang kami ambil dari atas dalam entri berikutnya untuk dikongsi bersama, manalah tahu kalau-kalau anda bercadang untuk bercuti bersama keluarga pada percutian yang akan datang.
Dah tiba - sekali lagi rasa gelabah tiba sebabnya memikirkan cara manan nak turun dengan lebih selamat sebabnya chair-lift ini tidak berhenti dan terus bergerak. Ammar nakal betul... dia ambil gambar kami turun dengan pelbagai gaya. Bila melihat gambar itu rasa sangat kelakar dan saya selalu ketawa seorang diri...
Pergerakan Balik
Peace.... saya dan emak baru sahaja menaiki chair-lift dan kali ini saya sudah tidak gemuruh lagi dan boleh mengambil gambar dan menikmati keindahan alam ciptaan Allah. Di belakang kelihatan Shima dan Ain sedang menanti ketibaan chair-lift mereka.
Kerusi di hadapan saya adalah Ammar dan Amir, sementara kerusi di belakang saya pula adalah Shima dan Ain.
Wah.. wah .. tengok orang kat belakang tuuu... bukan main happy lagi... sudah kurang rasa takut... tidak seperti perjalanan pergi, untuk berpusing dan melihat-lihat sekeliling pun tidak berani. Walau apa pun emak saya steady dari awal lagi.
Ready sudah hendak landing.... jangan tersasar pulak, kelakarnya muka mereka kerana sangat suspen agaknya.
No comments:
Post a Comment