Boleh dikatakan bahawa bandarVenice dibina di atas timbunan kayu yang diatur rapat-rapat. Kebanyakan binaan ini masih utuh selepas beberapa abad struktur ini tengelam. Namun begitu tidak semua binaan tapak bandar ini dibangunkan dari kayu, selebih asas juga adalah dari batu. Tahukah anda bahawa apabila kayu ditengelamkan oleh air, dalam keadaan oksigen yang sangat kurang, pereputan kayu tidak berlaku dengan secepat seperti mana berlaku di permukaan. Ini disebabkan oleh aliran berterusan yang kaya dengan mineral menjadinya struktur yang kuat dan kukuh seperti batu.
Mengikut catatan kebanyakan asas ini telah dibuat dari batang pokok alder, kayu yang mampu menghadapi rintangan air yang baik. Kayu alder ini datangnya dari bahagian yang paling barat di Slovenia. Sedikit mengenai asas Venice yang juga menjadi tandatanya kepada saya.
Di kedai cenderahati yang menjual Murano glass, Murano atau Venetian glass sangat popular di sini.
Dengan seorang kenalan - kami bergaya di salah sebuah jambatan. Beginilah rupa laluan di kebanyakan bandar ini, laluan kecil dan sempit di belakang dan di hadapan bangunan. Mulanya saya agak rimas juga tetapi inilah kenyataannya.
Saya di kedai menjual hasil kraf rakyat tempatan. Kaca yang dibuat dengan kreativiti yang sangat menarik. Teringin juga tetapi sukar untuk dibawa kerana takut pecah.
Padang ini adalah Piazza San Marco (kalau tidak silap saya) di mana ianya menjadi tumpuan para pelancung, saya juga tidak ketinggalan bersama dengan pelancung yang lain dengan tujuan tersendiri.
No comments:
Post a Comment