Setelah memandu lebih kurang hampir 2 jam, akhirnya kami telah tiba di exit ke Bukit Merah. Boleh tahan juga jauhnya tempat ini. Maklumlah ini merupakan kali pertama kami semua ke tempat ini.
Semasa kami tiba di sini tidak banyak kereta yang menuju ke Lake Town, jadi kami melaluinya dengan mudah.
Selama ini saya sering kali mendengar rakan-rakan bercerita tentang Bukit Merah Lake Town, kini baru dapat dibayangkan bagaimana keadaannya.
Dah tiba di pintu masuk Bukit Merah Lake Town.... hati dah senang sebab sekejap lagi kami akan tiba di Appartment yang disewa sebab badan dah penat betul....
No comments:
Post a Comment