Permandangan di CH ini memangnya cantik, nun jauh di sana kelihatan banjaran gunung ganang yang menjadi tulang belakang kepada Semenanjung Malaysia. Nasib saya baik kerana berkongsi minat yang sama dengan ahli keluarga saya yang lain.
Kami semua minat kepada benda yang sama iaitu suka kepada permandangan indah, suka bergambar dan mempunyai kamera masing-masing, suka dan kasihan kepada haiwan terutama-tamanya kucing, suka melancong, suka bercuti, suka cendol, suka durian, suka kepada ICT terutama-tamanya gajet ICT dan banyak lagi.
Lihat awan mendung semakin menurun, inikah tandanya hari akan hujan. Selepas makan durian tanpa banyak lengah kami mengambil beberapa foto dan selepas itu kami memandu turun untuk ke utara pulak.
Sepanjang pemanduan turun dari CH, kenderaan yang menaiki CH juga banyak, oleh itu kami tidak dapat memandu dengan laju kerana bimbang berlaku perkara yang tidak diingini. Semasa turun kelihatan banyak jurang-jurang yang dalam tetapi nasib baik jalanraya yang dibina oleh Kerajaan luas.
Awan makin berat dan belum pun kami tiba di bawah, hari telah hujan maka semakin lambatlah pergerakan kami. Semasa ini sentiasa ingat akan slogan jalanraya kita "pandu cermat jiwa selamat"
Di puncak banjaran kelihatan awan komulus ke? yang banyak mengandungi wap, kelihatan awan tu dah hitam tetapi awan di sebelah lagi tu putih, jadi kawan itu mungkin tidak menerima hujan nanti. itulah kejadian fenomena di sini dalam 1 kawasan tidak semestinya menerima hujan yang sama.
Selamat Tinggal Cameron Highland - entah bila kami akan ke sana lagi.....
No comments:
Post a Comment