04 December 2012

Percutian Cameron Highland 2012 (Bunga Matahari) - Part 12

Kecantikan bunga matahari tidak dapat dinafikan dengan warna yang cerah dan terang. dari jauh bunga ini mudah menarik perhatian manusia maupun haiwan terutamanya lebah. Sayangnya usia bunga ini tidak terlalu panjang untuk membolehkan kita terus menikmati keindahannya. 

Bunga matahari yang mengadap matahari yang sedang menyinar. Tahukah kawan-kawan kuaci bunga matahari dihasikan dari bijinya yang terkumpul di tengah-tengah bunga tersebut.

Kuntuman bunga matahari dilihat dari sisi, bunga ini belum cukup tua untuk ditunai biji-biji bunga untuk dijadikan kuaci. Kuaci ini dimakan oleh manusia dan juga haiwan peliharaan seperti hamster.

2 ekor lebah sedang sebuk dengan tugas semula jadi mereka mengumpulkan madu....

Selain dari madu bunga, secara tidak langsung lebah-lebah itu akan mengutip debunga atau polen untuk dibawa ke sarang mereka. kata orang madu ini sangat berkhasiat kepada manusia - maha berkuasanya Allah haiwan sekicil itu mengumpulkan madu yang dapat dimunum oleh manusia.

Bunga yang baru hendak berkembang, menunduk dan akan mula menegakkan apabila mengembang dan matahari tegak di atas kepala.

Barisan bunga matahari yang terdapat di AF ini. Kalau tak silap saya hanya 1 baris ini sahaja yang ada.

2 comments:

Anonymous said...

Saya pun suka bunga ni.... cantik, besar dan myerlah.

Unknown said...

Banyak betul bunga-bunga yang tumbuh di Cameron Highland tapi sukar untuk hidup di tempat kita. Kalau pergi sana memang melekakan betul. Cuti tahun depan pergilah bersama keluarga.