Pada 21 November lebih kurang jam 10.00 pagi kami siap sedia untuk check-out dari appartment yang disewa. Sementara Ain menguruskan urusan check-out kami pula menguruskan beg-beg ke dalam kereta-kereta kami.
Mengabadikan gambar ramai di hadapan appartment yang disewa sebelum kami meninggalkan LH ini tidak tahu bila agaknya kami akan ke sini lagi, tetapi sekiranya ramai keluarga saya yang ada kelapangan bagusnya kalau boleh bercuti di sini mungkin kami boleh menyewa 2 buah appartment sebelah menyebelah - tentunya seronok.
Walaupun hanya 1 hari dan 1 malam kami menginap di sini tetapi rasanya sangat seronok sekali, mungkin dipengaruhi oleh cuaca yang nyaman dan sejuk. Emak, saya dan Amir di halaman sebelum berangkat keluar dari sini.
No comments:
Post a Comment