Inilah pintu utama taman tema ini. Sukar juga untuk kami bergambar di sini, maklumlah inikan pintu utama jadi ramai pengunjung yang keluar masuk melalui pintu ini, pun begitu ramai juga yang mempunyai hasrat yang sama dengan kami untuk mengabadikan ingatan dalam bentuk foto di sini.
Lokasi pertama kami adalah taman air (water park) Ammar dan Amir dibenarkan bermain air sepuas-puas hati mereka. Dari jauh kami datang mereka kena bermain sehingga jemu. Kalau tidak sia-sia sahaja kami ke sini.
Kami bernasib baik kerana ada 1 sahaja lagi tempat duduk kosong di kawasan pondok ini. Kerana cuaca yang agak panas, pondok di sini menyediakan beberapa kipas angin jadi tidaklah terlalu berbahang sangat. Di kawasan ini juga ada disediakan beberapa gerai menjual aiskerim dan burger.
Emak dan AIn sedang berehat di kawasan rehat yang disediakan tidak jauh dari kolam yang berombak seperti pantai. Rupanya makanan dari luar juga boleh dibawa masuk ke sini, ini lagi menyeronokkan kerana keluarga boleh berkelah di kawasan ini. Kami tidak tahu terpaksalah membeli makanan ringan untuk mengalas perut apabila lapar.
Berfoto di hadapan pintu masuk chair-lift. Saya menjadi juru fotonya.
2 anak bujang kami.... yang banyak membantu, kalau mereka tiada agak susuh juga pergerakan kami. Terima kasihlah kepada mereka.
No comments:
Post a Comment