Hujan petang tadi memang sungguh lebat, alhamdulillah hujan sahaja yang turun dengan lebat tetapi tiada petir mau pun guruh. Walaupun begitu terdengar juga bunyi guruh jauh - jauh, mungkin berlaku di tempat lain.
Hujan yang lebat lebih kurang selama 1 jam lebih itu menyebabkan halaman rumah saya di penuhi air seperti kolam. Tengok tu kalaulah ada itik tentunya mereka seronok kerana dapat berenang atau setidak-tidak dapat menyejukkan badan dalam lopak air itu.
Nasib baik juga longkang besar di sebelah rumah saya dalam, jika tidak dibimbangi air longkang akan melempahi halaman rumah.
No comments:
Post a Comment