Kalau kita berharapkan kasih sayang dari manusia, kasih sayang itu mungkin tidak kekal sehingga ke hujung hayat. kasih sayang boleh berubah disebabkan beberapa faktor. Kehilangan kasih sayang biasanya akan mengakibatkan kehidupan seseorang musnah walaupun mungkin tidak selamanya.
Oleh yang demikian cintailah pencipta kita melebihi segalanya walaupun diri kita sendiri. Tetapi memang tidak dapat dinafikan bahawa bukan perkara yang mudah untuk menciptai Allah. Bagaimana caranya untuk kita sampaikan rasa cinta dan kasih kepadaNya?. Manusia termasuk saya biasanya akan datang kepada Allah setelah kita ditimpakan musibah, masa itulah kita bersungguh-sungguh berkomunikasi, mengadukan hal, bercerita, merintih, merayu dan mungkin ada yang marah-marah kepadaNya. Tetapi apabila kita dalam kesenangan maka akan terlupalah kita kepadaNya, namun begitu Allah tak pernah membenci kita, dia tetap sayang dan menanti kita kembali kepadaNya. Apa yang kita bawa bila kita kembali nanti? Apakah yang menunggu kita nanti? Muhasabahlah diri....
Saya mengingatkan anda dan diri saya sendiri akan 5 perkara:
Sihat sebelum sakit;
Muda sebelum tua;
Kaya sebelum miskin;
Lapang sebelum sempit; dan
Hidup sebelum mati.
No comments:
Post a Comment