Jasin adalah salah satu daerah dari tiga daerah di Negeri Melaka. Kedudukannya lebih ke selatan tanah air, iaitu bersempadankan Negeri Johor. Pada tahun 2007, Jasin telah dinaiktarafkan dari Majlis Daerah Jasin kepada Majlis Perbandaran Jasin, maka mulai pada saat itu Jasin adalah sebuah bandar, walaupun Bandar Jasin masih muda tetapi beberapa pembangunan jelas di sini dan saya jangkakan dalam tempoh 5 tahun lagi Bandar Jasin akan mencapai kecemerlangannya - usaha untuk membangunkan Jasin perlu dimainkan oleh banyak pihak.
Walaupun Jasin antara bandar yang lama telah wujud di Melaka iaitu semasa perkembangan Kesultanan Melayu Melaka, dipercayai Jasin merupakan lokasi di mana Laksamana Hang Tuah telah disorokkan oleh Bendahara Melaka semasa beliau dijatuhkan hukuman bunuh, lokasi tepat tidak diketahui, tetapi ada kemungkinan di Kampong Gapam kot, saya kurang pasti tentang ini.
Walau bagaimanapun bangunan batu yang lebih tersusun telah didirikan antara tahun 1925 hingga 1930, iaitu lebih kurang 60 tahun yang lalu. Pada pandangan saya ada di antara bangunan ini yang perlu dipelihara dan dijaga untuk mewariskannya kepada generasi yang akan datang. Sebagai contoh deretan bangunan kedai di atas yang dibina pada tahun 1925 yang mempunyai kesenian tersendiri atau kesenian dari Negara India yang mempunyai seperti gerbang di atas bangunan.
Bangunan Ibu Pejabat Polis Jasin, di belakangnya nampak beberapa bangunan kuarters polis yang telah ada sejak saya masih bersekolah menengah di Sekolah menengah Jasin (SMJ) yang kini dikenali dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Jasin (SMKJ). Setiap hari saya dan kawan-kawan berjalan kaki dari Asrama Puteri Jasin di Sekolah Iskandar Syah (SIS) ke SMJ.
Disebabkan oleh bangunan-bangunan ini dibangunkan atas tapak bangunan/ kedai lama (mungkin sezaman dengan Laksamana Hang Tuah kot), yang pada zaman itu mungkin kereta yang popular adalah kereta lembu dan kereta kuda sahaja, maka jalan yang diperlukan tidak luas. Mungkin sebab itulah jalan raya yang ada sekarang ini bersaiz kecil dan sempit walaupun telah diluaskan hampir sangat dengan tepi bangunan sedia ada.
Saya dengar ada ura-ura sebuah stesen kereta api yang baru akan dibina di Batang Melaka, berjarakkan beberapa meter sahaja dari stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Batang Melaka yang sedia ada. Projek ini dijangka siap pada tahun 2012 dan ianya dijangka akan menjadi mercu tanda Daerah Jasin dan lebih khususnya bagi Pekan Batang Melaka, Nyalas dan Selandar. Jika projek ini menjadi maka Melaka amnya dan Daerah Jasin khasnya akan mempunyai sebuah stesen kereta api yang moden dan canggih.
Emak sedang menuju ke kereta yang saya parkirkan di Taman Bunga Jasin berhadapan dengan IPD Jasin. Masa ini kami dalam perjalanan pulang ke Felda selepas mengambil gigi palsu mak.
No comments:
Post a Comment