Saya tak sangka terdapat sebuah Pusat Kokurikulum (Pusat Koku) yang sangat lengkap di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor. Jika dibandingkan dengan Pusat Koku kami jauh panggang dari api. Pusat Koku yang saya maksudkan adalah Pusat Koku JPN Selangor.
Kedudukannya saja sudah menepati keperluan kokurikulum. Kemudahan yang disediakan sangat lengkap dari tempat penginapan dan kemudahan latihan dan beriadah yang lain. Aktiviti boleh dilaksanakan sama ada siang atau pun malam hari. Terus terang saya secara persendiri merasa amat cemburu dengan kemudahan yang JPN Selangor peroleh, tapi apa nak dikatakan mungkin banyak kekangan yang membuat JPWPKL hanya mewarisi bangunan lama dan kurang kemudahan.
Semoga pihak berwajib dapat melihat dan berikan sedikit keutamaan kepada JPWPKL dalam banyak segi. Nama sahaja berlokasi di Pusat Bandar Kuala Lumpur tetapi kedaifan JPWPKL hanya warga mereka sahaja yang merasainya.
Kepada kawan-kawan di Malaysia, terutamanya agensi Kerajaan mungkin boleh menggunakan Pusat Koku ini untuk kemudahan latihan, kursus dan sebagainya.
JPWPKL baru-baru ini telah menggunakan Pusat Koku ini untuk menjalankan Kursus Team Building untuk Pegawai kanan kami. Pengalaman yang dirasakan oleh seua peserta sangat menyeronokan apabila mereka semua dapat mengembalikan pengalaman masa muda dan zaman kanak-kanak.
Akhir kata terima kasih khasnya kepada Pusat Koku Selangor dan amnya kepada JPN Selangor. Ada kemungkinan kami akan memerlukan pertolongan yang sama nanti.....
No comments:
Post a Comment