Bila bercerita tentang main golf saya teringat lama dulu semasa saya bermain golf dengan kawan-kawan tentera sekitar tahun 1996 sehingga 1999. Saya mula tercebur ke dalam bidang ini dengan pemberian golf set oleh Pengarah Pelajaran Angkatan Tentera masa itu, Kol Liow. Sejak itu saya mulalah belajarn pukul bola di Driving Range Setapak setiap hari Rabu jam 3.00 petang sehingga 100 biji bole habis dipukul. Ikut kawan-kawan tentera main golf di kebanyakan padang golf dalam kem dan sekali sekali ada orang belanja main golf di padang swasta yang pada masa itu masih lagi mahal bayarannya.
Sekarang ni dah hampir 12 tahun saya tak pernah pegang club dan wood, tapi tekniknya masih ada dalam kepala. Tentunya sukar nak cari kawan yang mula bermain atau setidak-tidaknya kawan-kawan dengan handcap 24. Apa sekali pun kalau ada minat dan determination saya kenalah ke Driving Range semula untuk belatih pukul bola. Tengoklah nanti, macam mana!!!!
No comments:
Post a Comment