Kita semua mesti pernah mendengar kata-kata seperti berikut keluar dari mulut ayah dan emak kita "esok bila engkau ada anak baru engkau tahu bagaimana perasaan ayah dan emak, bila anak tidak ada di depan mata" rupanya marah itu tandanya sayang.
Kini ayah dan emak kita dah tua, dan ada di antara kita yang dah jadi ayah dan emak pun, apabila memandang ayah dan emak kini... perasaan kita akan bercampur baur antara rasa silap yang amat sangat masa kita remaja dulu dengan kesedaran bahawa kini kita pula mempunyai perasaan yang sama dengan mereka. Kini anak-anak kita pula yang menyangkakan kita ini cuba mengongkong dan tidak menyayangi mereka. Rupa-rupanya sejarah telah berulang dan betapa silapnya kita dulu... kalau kita mampu untuk memutarkan semula masa ke zaman remaja kita, kita berjanji pada diri bahawa akan kita dengari leteran mereka dan akan kita patuhi arahan mereka kerana kini baru kita tahu bahawa MARAH ITU TANDA SAYANG.
Merunungi wajah ayah dan emak yang sudah tua, dengan kata-katanya yang kurang difahami dan pendengarannya yang tidak jelas ditambah dengan ingatannya yang sekejap ada dan sekejap hilang... apa pula anggapan kita kepada mereka..... Pesanan saya jangan diulangi lagi kesilapan remaja kita, kerana percayalah bahawa sejarah akan berulang sekali lagi. Jika kita layani mereka yang tidak bermaya ini dengan baik maka balasannya anak-anak kita akan melayani kita lebih baik dari apa yang kita lakukan kepada ayah dan emak kita, sebaliknya jika kita layani mereka dengan buruk, bukan sahaja anak-anak akan melayani kita dengan buruk malahan kita dilaknati Allah. Sudah tentu tiada pintu syurga yang boleh kita lalui, walau sebanyak mana amalan kita kepada Allah kerana ayah dan emak adalah kunci utama pintu syurga kita.
Awal tahun ini, jadikanlah azam melayani ayah dan emak dengan lebih baik lagi, kerana azam ini mudah dicapai dan ganjarannya amat lumayan.
Saya menasihati akkawan-kawan dan juga diri saya sendiri. Semoga dirahmati Allah sentiasa.
No comments:
Post a Comment