Hari merangkak setiap hari dan kini telah hampir tiba ke tarikh 23 Januari 2012, di mana tarikh ini adalah tarikh sahabat-sahabat kita yang berketurunan China meraikan tahun baru mereka. Tahun ini tiba giliran haiwan Naga dengan mendominasikan air sebagai habitat, orang Cina percaya unsur air membawa fung shui yang baik. Dulu kalau saya di Bahagian Perolehan, masa inilah berkotak-kotak limau manderin gugur di pejabat kami terima, banyak !!!! betul, kalau nak jual dan buka gerai di tepi jalan pun boleh....
Kata yang menghantarnya, tanda ingatan ikhlas mereka. Tapi kini tiada sebiji limau pun sampai ke meja saya... agaknya mereka-mereka yang dulunya ingat dan terlupa kot...maklumlah saya dah tidak ada kepentingan di Bahagian tersebut... Dulu saya selalu bergurau bahawa limau manderin yang bertragedi, apa tidaknya pembekal/ kontraktor memberi dengan ingatakan tulus ikhlas dan mungkin juga mereka mengharapkan kita juga ingat kepada mereka apabila tender mereka menyinggahi meja kita.. macam tu ke???
Apabila kita tolak, mereka akan menyangkakan saya tidak bersyukur, tapi disebabkan oleh kenyataan di atas, ianya menjadikan sesuatu yang menakutkan saya dan rakan-rakan... namun hati kami reda apabila, mereka berinya-inya mengatakan apa yang mereka berikan ini adalah ikhlas tanpa balasan. Walau bagaimanapun tragedi buah limau manderin tetap jadi ingauan. Ha... ha..ha...
Betul ke? adakah nanti di hadapan Allah limau mandering ini dipersoalkan Allah
No comments:
Post a Comment