Dah lama tak melawat pusara ayah, kali akhir lawatan aku adalah pada bulan lepas. Nasib baik Ain selalu datang dan membersihkan pusara ayah - jadi pusara ayah sentiasa berada dalam keadaan bersih selalu.
Emak di pusara ayah selepas selesai membaca Surah Yasin untuk disedekahkan kepada ayah, semoga disampaikan oleh Allah dan ayah sentiasa berada dalam keadaan yang aman dan bahagia di sisi Penciptanya.
Kereta aku di letakkan di luar pagar Taman Barzah kampong kami.
Kasian melihat pusara-pusara yang tidak terurus dan mungkin dah lama tidak dijenguk oleh saudara mara.
No comments:
Post a Comment