Biar saya terangkan mengenai kedudukan Masjidil Aqsa dan Masjid Kubah Batu (Dome of The Rock) atau Al-Sakhrah Mosque. Perbezaan antara kedua-dua masjid ini sangat jelas pada kubahnya. Kubah emas bukan kubah Masjid Al Aqsa tetapi adalah Masjid Batu bergantung yang popular dengan panggilan DOME OF THE ROCK.
Sejak dulu lagi pihak Zionis cuba memesongkan kepercayaan orang Islam dengan mengambarkan bahawa Masjid Kubah Batu sebagai Masjidil Aqsa, ini jelas apabila setiap kali mereka merujuk Masjidil Aqsa, mereka akan menunjukkan foto Masjid Dome of The Rock. Sehingga orang ramai tidak menyedari yang mana satu Masjidil Al-Aqsa. Kedudukan Masjidil Aqsa dan Masjid Kubah Batu adalah bertentangan, jika kita berdiri di pintu Masjidil Aqsa dan kita akan nampak Masjid Kubah batu. Untuk membezakannya kubah Masjidil Aqsa berwarna gelap seakan-akan hijau, manakala kubah Masjid Kubah batu adalah berwarna emas.
Dan jka dilihat pada foto di atas, Masjid Al Aqsa sememangnya berhampiran dengan tapak pembinaan kuil Zionis. Jadi ini merupakan cara Zionis untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa sehinggakan umat Islam tidak perasan dan tahu akan lenyapnya masjid yang sangat bermakna kepada semua penghuni dunia ini. Pada saya sekarang sudah tiba masanya si mana semua umat Islam mesti tahu di mana Masjid Aqsa yang sebenarnya.
Lihat sahaja keretakan yang berlaku di halaman Masjidil Al-Aqsa pula, (dalam siri sebelum ini kita telah melihat akan keretakan yang berlaku di dalam masjid) yang berhampiran dengan Masjid DOME OF THE ROCK. Mengapa agaknya pihak Isreal ini terlebih berani bertindak untuk memusnahkan masjid yang sangat bermakna bagi umat Islam, sedangkan negerinya kecil dan rakyatnya pun bukan ramai sangat. 2 sebab besar yang saya boleh kaitkan iaitu: pertama kerana mereka telah mendapat mandat dari polis dunia iaitu Amerika Syarikat yang bersekutu dengan mereka, sekarang ini pun kita nampak bahawa terdapat kerjasama antara 2 negara ini.
Sebab yang ke2 mudah sahaja, saya rasa semua orang tahu, iaitu walaupun umat Islam memang ramai di dunia ini, ditambah dengan negara Islam bukannya negara yang terlalu miskin, yang mampu melakukan apa sahaja terhadap ekonomi dunia ini, tetapi apa yang terjadi sebaliknya negara Islam yang kaya raya dan mampu menawan dunia tidak mampu untuk melakukan sesuatu, hanya semasa adanya Sadam Hussein yang mengerunkan sedikit Isreal.
Kemusnahan dan kerosakan bukan sahaja berlaku di kedua-dua masjid tetapi juga melibatkan rumah-rumah kediaman yang berhampiran, sebagai contoh foto yang menunjukkan keretakan di dalam sebuah rumah kediaman yang berhampiran Masjidil Al-Aqsa.
Tentu kita tertanya-tanya - kenapa agaknya Zionis memperlakukan sebegitu buruk terhadap Masjidil Al-Aqsa? Adakah disebabkan nilai tanahnya yang semakin meningkat? atau mereka memang dengan ikhlas untuk mencari kuil lama Nabi Sulaiman? (tak mungkin... tak mungkin) atau sebab-sebab dendam kesumat mereka terhadap umat Islam seperti mana yang telah mereka tunjukkan dengan jelas. Jika kita tidak sedar lagi,
1 comment:
tp waktu nabi kita nabi muhammad s.a.w hendak isra' ada batu yg nak ikut wallahu a'lam bissawab, yg mana satu aqsa yg sebenar wallahu a'lam & mengapa zionis merebuti doom of rock wallahu a'lam, semoga kita menemui masjidil aqsa yg sebenarnya aamiin
Post a Comment