Alhamdulillah, perjalanan pulang saya ke kampong pada 21hb Januari 2012 sempana Cuti Tahun Baru Cina sangat lancar. Saya bertolak daripada Ampang pada jam 2.00 petang, setelah mendapat maklumat daripada mak bahawa mereka mungkin tiba di rumah kampong lambat sedikit, kerana Amir Ain menghadiri kelas tambahan UPSR. Dalam perjalanan kesesakan berlaku di beberapa tempat sahaja, itupun tidak mengambil masa yang lama, pertama kesesakan di Nilai, Seremban dan di Plaza Tol Simpang Empat. Saya tiba di kampong kira-kira jam 4.00 petang
Namun begitu jumlah kereta pada hari itu banyak juga dengan kenderaan besar seperti bas express dan lori. Macam biasa masih ramai lagi pemandu negara kita yang tidak sabar dan memotong sebelah kiri jalan (jalan kecemasan). Nasib baik tiada kemalangan yang berlaku tadi, kalau tidak mereka tentunya akan menyusahkan pemandu lain apalagi mereka yang terlibat dalam kemalangan.
Sikap kurang sabar akan mengundangkan kematian. Anda mampu mengubahnya.......
No comments:
Post a Comment