Telah menjadi amalan H. Ahmad Family bertemu dalam acara Annual family gartering. Salah satu tahun, kami telah memilih PD Golf Club untuk bercuti dan bertemu, memandangkan setiap rumah mempunyai 2 bilik, untuk keselesaan keluarga - adik saya Azmee menempah 2 buah rumah yang letaknya sebelah-menyebelah supaya mudah untuk komunikasi, terutamanya bagi anak-anak. Kebetulannya rumah-rumah kami berhadapan dengan Driving Range, ini memudahkan acara latihan memukul bola golf, ayah tidak ketinggalan untuk menyertai sekali. Foto sebelah - ayah dengan diiringi oleh cucu kesayangannya Adik (Mohamad Firdaus) dengan memikul Golf-bag melangkah ke Driving Range. Pada tengah hari itu Driving Range tu kami yang punya. Macam set golf saya je yang ayah pikul tu!!!!!
Inilah yang uniknya family gathering kali ini, ini pun disebabkan adik saya Azmee yang merupakan ahli kepada Club ini (pada masa itu dia masih lagi berkhidmatan di dalam ATM dengan berpangkat Major), dengan mudah dia dapat kerjasama Club untuk menyediakan acara latihan memukul bola golf di Driving Range tersebut.
Selepas breakfast, kami berduyun-duyun turun ke Driving Range dan mula berlatih... acara ini termasuklah beberapa orang sikecil dari keluarga kami yang minat dengan permainan ini. Azmee menjadi couch ayah pada mas itu - ayah sememangnya berminat dengan permainan golf tetapi tiada peluang untuk bermain, jadi kali ini ayah tidak melepaskan peluang untuk mencuba memukul bola golf yang selama ini menjadi kegemaran ramai orang.
Ayah sedang memukul bola. Di belakangnya terbongkok-bongkok rasanya macam sikecil Adlina yang sedang meletakkan bola di atas tee (ada ke tidak tee kat driving range!!!!!) Itu adalah kenangan antara banyak-banyak kenangan keluarga saya dengan ayah yang sudah tiada.
Kepada kawan-kawan yang masih ada lagi ayah dan ibu, hargai mereka - bawa mereka bercuti, jangan lupa rakamkan percutian dan apa sahaja ocassion sama ada dengan kamera atai video serta lihatlah wajah mereka kerana selepas mereka tiada, hanya gambar-gambar sahaja yang boleh kita lihat... itupun kalau ada.
Hargai apa yang masih ada dan kenangi yang sudah tiada.
No comments:
Post a Comment