17 Januari 2012 adalah kelas pertama dalam tahun 2012 bagi Kelas Mengaji Al Quran di Masjid Negara, sekarang ini kami telah memasuki Tahun 2 bermakna tahun ini adalah tahun akhir dan tahun ini lebih mencabar kerana kami akan menghadapi peperiksaan. Kami akan diuji dalam 2 bahagian, iaitu ujian bertulis dan ujian mengaji. Bagi aku tahun ini bukan tahun main-main kerana subjek ini bukannya subjek yang mudah terutamanya ujian mengaji nanti.
Gembira dapat berjumpa hampir semua kawan-kawan, muka masing-masing nampak ceria dan bersemmangat, begitu juga dengan Ustaz Ramli bersyukur kerana kami masih ada di dalam kelasnya - semoga Allah memudahkan perjalanan kami untuk tiba di penghujung pelabuhan dan berjaya serta menambah baik kualiti bacaan Al Quran kami. Amin
4 comments:
Salam...boleh kongsi info,mcm mana nk join kelas Al-Quran di Masjid Negara?
Insyallah boleh aje. Sekarang ini adalah pendaftaran untuk kelas tahun hadapan. Kalau tidak silap pendaftaran tutup hujung tahun. Kelas AlQuran ada 2 - asas dan juga advance. kedua-dua kelas selama 2 tahun dan bayaran kelas asas RM300.00 bagi 2 tahun dan advance RM400.00. Di setiap akhir tahun ke2 ada exam dlm 2 bentuk - oral (hafalan/ syafawi) dan penulisan - kebanyaknya menguji kelancaran dan tauwid.
Untuk daftar pergi ke pejabat masjid negara, naik tangga yang bersebelahan Pusara Pahlawan dan terus jumpa pejabat. Kena pergi cepat kerana tempat sangat terhad. Setiap kelas tidak lebih 30 rasanya.
Kalau ada pertanyaan lagi, silakan... kalau saya boleh jawab... insyaallah akan dimaklumkan.
Sekian dulu...
Salam. Mcam mana nak daftar untk 2013 nie ye
Sayangnya pendaftaran dah tutup pada 31 Dis 12 yang lepas. Caranya senang je mmulai awal Dis pergi je ke pejabat am Masjid negara dengan bawa sekali duit pendaftaran RM300.00 kalau kelas al quran asas. Nampaknya kena tunggu setahun lagi kot. Pada setiap akhir tahun mulai pertengah Nov cuba perhatikan website http://www.islam.gov.my/ - Jakim, kalau tidak silap Masjid Wilayah pun ada aktiviti yang sama. Cuba tgk di website. Selamat berjaya
Post a Comment