17 January 2012

Good Bye CAM 458

CAM adalah kereta ayah saya, lama ayah saya menggunakan kereta ini sehingga ayah membeli kereta lain dan CAM ini berpindah tangan dalam keluarga saya. Boleh dikatakan CAM adalah kereta spare keluarga kami, sesiapa boleh menggunakannya sementara kereta masing-masing diservice. Kereta CAM mula bersama saya, apabila kereta saya SL dibaiki, memandangkan kereta itu kereta import dan spare-partnya sukar didapati dalam negeri, saya gunakan kereta ini mula tahun 2007, apabila ayah meninggal dunia, keluarga kami sepakat supaya kereta ini ditukar nama kepada nama saya, sejak itu dia jadi sebahagian dari hidup saya hinggalah 14 Januari 2012.

Rasa sedih pulak bila melihat foto ini, selama hampir 5 tahun CAM bersama saya, selama itu dia tidak pernah meragam atau rosak. Nampak sahaja kereta ini buruk tetapi prestasinya sangat cemerlang dengan kuasa 1.6 kuasa kudanya, dia meluncur laju walaupun naik bukit. Tetapi sejak akhir-akhir dengannya tiba-tiba alat hawa dinginnya rosak saya rasa ada paiping yang bocor. Saya tak sempat nak baiki dan berharap adik saya Adnan akan 'melayan' CAM dengan baik.

Saat akhir saya bersama CAM, pada hari Sabtu 14 Januari 2012 di Tol Bangi semasa menunggu JLD tiba dari Kota Tinggi. Pada hari itu juga CAM dibawa balik ke Kota Tinggi kepada adik saya. Terima kasih CAM atas perkhidmatan yang baik. Jasamu dikenang.

No comments: