Assalamualaikum dan selamat pagi saya ucapkan kepada semua sahabat-sahabat, apa khabar semua... saya macam biasa pagi Ahad terpaksa cuci baju dan kemas rumah lebih kurang. Rasanya nak mula baca buku baru bertajuk Dajjal tetapi rasa malas pulak. Sejak minggu lepas lagi saya agak jauh dari buku, susah nak menulis, malas nak membaca. Nasib baik ada CD bacaan Yasin, bolehlah ikut semasa Ustaz Zul membaca, kalau tidak tak bacalah saya.
Ini pun dah tak ade idea nak menulis, walaupun begitu saya paksa dan cara idea yang mudah dan murah. Yang sebenarnya saya berhasrat nak mula menulis berkenaan Dajjal dan Nabi Isa Al Masih yang dijanjikan Allah akan diturunkan ke bumi ini semasa manusia di dunia ini menghadapi saat jahilliah dan jauh dari Pencipta mereka. Nampaknya terpaksa di tunda sehingga selepas Cuti Raya China.
Hanya pagi ini, saya mendoakan agar semua sahabat-sahabat saya dilindungi Allah hendaknya.
Jumpa lagi nanti. Insyaallah
No comments:
Post a Comment