Foto ini diambil dalam perjalanan dengan bus dari Melbourne ke Canberra. Di musim sejuk ini bukan sahaja manusia memakai jaket, malahan kuda juga terpaksa memakai jaket untuk menahan cuaca sejuk.
Perjalanan yang jauh dan merentas daerah. Melboune dalam daerah Victoria, manakala Canberra juga dikenali sebagai Australian Capital Territory (ACT) teleak dalam daerah New South Wales jarak perjanan kami adala 679km yang mengambil masa lebih kurang 8 jam.
Bergambar di luar Theater yang mengesahkan cerita Ned Kelly seorang yang dianggap pahlawan oleh penduduk tempatan, Ned membawa konsep yang sama seperti Robin Hood di England. Tetapi akhirnya Ned Kelly berjaya ditangkap dan digantung di Old Gaul Melbourne.
Dalam perjalanan, kami berhenti di Albury untuk makan tengahari sambil window shoped di kedai-kedai berhampiran. Saya terjumpa sebuah gereja yang sedang mengadakan jualan barangan terpakai. Saya membeli 2 buah novel dengan harga AD 1.00.
Kami sedang menikmati Lunch, kebanyakan lunch kami bawa dari Melbourne (masak sendiri) kerana kami dimaklumkan di kawasan ini sukar untuk mendapatkan kedai makan muslim. Selepas pusing-pusing bandar, memang kami tak jumpa pun dengan kedai makan muslim.
Perjalanan diteruskan dan kami terpaksa bermalam di Gundagai kerana cuaca terlalu berkabus walaupun baru tengahari. Suhu di Gundagai adalah 1 darjah Celcius. Nasib baik kawasan ini tidak bersalji, tetapi tiupan angin yang kuat membuatkan rasa sejuk sampai ke kulit walaupun memakai pakaian yang berlapis-lapis.
Makan Angin di St Kilda
Dalam foto ini saya sedang side seeing di St Kilda. St Kilda adalah kawasan di tepi pantai, menjadikan lokasi ini tempat kebanyakan warga Australia dan pengunjung luar negara berkelah dan makan angin. Kami juga tak melepaskan peluang untuk melihat sendiri budaya rakyat Australia di sini.
Sebenarnya wanita kurus di sebelah saya tu adalah manusia tetapi telah bersolek, berpakaian dan berlagak seperti patung barbie lagaknya... ini adalah salah satu cara mereka mencari pendapatan tambahan di samping menunjukkan kebolehan dan minat mereka. Banyak juga collection yang mereka dapat.
Saya berpeluang melawat 2 santuary.
Saya merakamkan kenangan bergambar dengan beberapa ekor haiwan yang tidak ada di negara kita - haiwan itu adalah Tasmania Devil, saya pun tak tahu kenapa haiwan ini di namakan dengan Devil... kalau kita ingat lagi dalam cerita katun, mengambarkan haiwan ini jenis haiwan ganas dengan gigi yang sangat tajam sehinggakan boleh mengigit dan merosakkan pintu kayu... boleh ke???????
Bergambar dengan beberapa ekor kangaroo yang sedang berehat. Rupanya haiwan ini bersaiz besar dan angat aktif, berperangai seperti kuda iaitu suka menendang, kami telah diberi amaran supaya berhati-hati dengan haiwan ini, kerana dibimbangi ia akan menendang. Ikut kata penjaga zoo ini tendangannya boleh menjatuhkan seorang manusia.
Perasan tak beruang koala yang terselit di celah pokok di belakang saya. Koala ini mempunyai kuku yang sangat kuat dan tajam walaupun pergerakan haiwan ini agak perlahan (macam malas saja) tetapi saya rasanya ia bukannya haiwan yang terlalu jinak. Tapi haiwan yang suka tidur.
Di Aboriginal Santuary
Boomerang adalah permainan yang berasal dari Australia, dibuat dari kayu berbentuk melengkung dan apabila dibaling boomerang ini akan kembali semula ke arah orang yang membalingnya. Tetapi itu semua perlu mempunyai skill dan kemahiran. Saya cuba bermain boomerang, nampak macam senang, silap baling boomerang boleh makan tuan - maka akan berbenjullah dahi.
Belakang saya sebelah kanan adalah pokok oak yang berusia hampir ratusan tahun. Saya teringat layu Inggeris lama yang banyak mengesahkan pokok oak seperti Green, green grass of home dan tie a yellow ribbon.
Bersama peniup wood pipe yang kacak.
Saya mencuba meniup wood pipe kaum asli (aboriginal) yang sebenarnya masa meniup tu, tak ada dengar bunyi pun... tapi pipi sakit sebab dikembungkan untuk collect angin.
Ini adalah foto sekumpulan kambing biri-biri yang sedang makan di dalam kawasan ladang. Mereka memelihara haiwan ini secara komersial dan sistem yang dilakukan juga sangat tersusun dan berkesan. Mereka menyediakan beberapa kawasan yang berpagar dan kambing ini akan bergerak mengikut rumput yang tumbuh.
1 comment:
buy ambien online buy brand name ambien online - ambien pill dose
Post a Comment