Ok, ini merupakan post yang terakhir bagi Percutian Langkawi 2010 kami. Kami tiba di Jettu Point hampiran jam 1 tengahari. Selepas kami tiba di Jetty Kuah, semua barang-barang diangkat keluar dari kedua-dua kereta. Kereta sewa dikembalikan oleh Shima dan Ain, sementara aku mencari dan berbincang dengan petugas di tempat letak barang - beg besar dicaj RM1.00 dan bagi beg kecil termasuk plastik beg hanya RM0.50 sahaja. Bagi memudahkan kami bergerak semua beg diletakkan di pusat tersebut dan kami dicaj RM12.00 sahaja. Tiket pelayaran kami adalah pada 4.00 petang jadi kami mempunyai masa lebih kurang 2 jam 30 minit. Memandangkan kami dah lapar jadi kami sebulat suara untuk menjamu selera di Restoran Hamid. Foto atas Emak, Shima, Nuraini dan Ammar ketika di Restoran Hamid Jetty Point.
Selepas makan tengahari, kami men- yempurna- kan solat Jamak Takdim dan Qosar di Surau Jetty Point. Suraunya agak kecil dan penuh dengan pengunjung. Kami terpaksa menunggu giliran untuk melaksanakan solat. Foto sebelah Emak dan Shima sedang bermekap dan berehat selepas solat zohor.
Kami berehat sebentar di Surau Jetty Point, tengok Ain siap melunjur- kan kakinya, dia mengadu kakinya sakit - mungkin disebabkan oleh banyak berjalan.
Jam 3.30 petang kami boarding untuk menaiki feri. Tak seperti feri sebelum ini, perkhidmatan feri ini sangat tidak memuaskan. Semua orang berpusu-pusu dan tidak terkawal. Luggage tidak tersusun. Kami sangat tidak puas hati dengan perkhidmatan mereka. Lebih kurang jam 4.00 petang feri mula berlayar dan kami tiba di Kuala Perlis jam 5.00 petang. Setiba di Kuala Perlis Cikgu Mawi dan seorang pemandu teksi dah sedia mununggu kami, seperti dapat membaca mungkin kami shopping sakan, Cikgu Mawi bawa pick-up dan syukur semua beg-beg mudah diangkut dan dibawa dengan pick-up tersebut. Kami amat bersyukur Allah menemukan kami dengan mereka yang banyak membantu, semoga Allah sahaja yang membalas budi baik mereka. Amin.
Ini adalah foto kenang-kenangan di Stesen Keretapi Arau. Mijoriti dari kami, persingga- han ini merupakan persinggahan julung kali. Agaknya ini merupakan stesen terakhir dalam perjalanan dari selatan tanah air ke utara, sebelum memasuki Negara Thailand. Malangnya stesen ini bukan sahaja kecil, malahan kurang selesa. Tiada Platform yang sempurna, laluan tidak disimen, dan ini juga merupakan sebab utama beg-beg tarik akan mengalami kerosakan rodanya. Kerajaan Negeri perlu memberikan perhatian untuk menaiktarafkan stesen ini.
Inilah dia beg-beg kami yang dah bertambah bilangan dan saiznya. Bukan banyak pun barangan yang dibeli, tetapi tak tahulah macam mana beg boleh bertambah.
emak dengan beg-beg yang dihimpun di satu lokasi, sebabnya tiba-tiba ramai pula orang yang menunggu keretapi yang sama.
Kami makan di gerai bawah pokok di sebelah Stesen Keretapi Arau, ramai antara kami yang makan laksa, kata mak laksa kat sini sedap dan pedas. Memang kena dengan minuman air kopi panas. Budak yang ambil order kami masa itu sedang demam sebab di kepalanya tertampal poyok yang agak besar. Kami panggil dia "Budak Demam""
Tengok siapa yang tidur dekat dengan beg saya? Si Tahi Cicak rupanya, anak kucing ini kami ter- serempak semasa kami sibuk memesan makanan, masa itu dia pun mungkin sedang lapar, jadi dari sisa makan di meja lain, saya berikan kepada dia, agak lumayan juga. Sedang dia asyik menikmati makanannya (tulang ayam) tiba-tiba datang sikucing jantan mengganggu dia, apa lagi kembanglah bulu dia serata badan, kasihankan si Tahi Cicak ni, kami tolong halaukan kucing jantan tu. Elok sahaja selepas makan dia terus tidur dekat dengan beg-beg kami. Sebagai tanda ingatan kami rakamkan juga gambar dia.
Ammar dengan gaya tersendiri bersedia untuk mengambil foto beramai di Stesen Arau bersama. Kami menaiki keretapi pada jam 7.00 malam dan sepatutnya tiba KL Central pada jam 5.00 pagi. Malangnya keretapi mengalami kerosakan enjin semasa tiba di Tanjung Malam, di sini keretapi berhenti lebih 1 jam, jadi ada di antara kami yang menunaikan solat subuh di Surau stesen sahaja.
Lebih kurang jam 6.00 pagi setelah enjin baru tiba dan dibaiki, keretapi bertolak semula dan kami tiba di KL Central pada jam 8.15 pagi. Emak, Shima, Ain, Ammar dan Amir terpaksa menunggu keretapi ke Tampin yang akan bertolak pada 9.00 pagi, sementara Aku balik ke Ampang dengan teksi dan Nuraini balik ke Bangi dengan komuter. Maka tamatlah percutian kami kali ini, insyallah kalau ada umur, rezki dan masa, tahun hadapan kita bercuti lagi. bye dan jumpa lagi.....
No comments:
Post a Comment