Gerbang ini dikenali sebagai Arch of Triumph atau dalam Bahasa Perancis ialah Arc de Triomphe, aku tertanya-tanya adakah pembinaan gerbang ini melambangkan kemenangan sesuatu 'peperangan' yang pernah dialami oleh negara ini, atau apa????? Gerbang ini terletak betul-betul di tengah jalan, dan jalan di kawasan ini agak sibuk. Tetapi di waktu malam gerbang ini nampak sangat cantik bersinar keemasan jika lampu dipasang.
Eifel Tower - menara telekomunikasi yang menjadi kebanggaan rakyat Perancis, seperti kita juga yang bangga dengan Twin Tower Petronas menara ini dikunjungi oleh kebanyakan orang sama ada pelancong ataupun masyarakat tempatan. Saya sendiri setiap kali ke Paris saya akan tetap mengunjungi menara ini walaupun sekejap, lagi pun tak jauh dari tempat melihat menara ini ada sebuah restauran Indian muslim yang menjual nasi berani yang agak sedap juga.
Kalau musim sejuk (winter) biasanya beginilah pemandangan Paris, pokok-pokok semuanya akan keguguran daun dan meninggalkan dahan-dahan yang seakan-akan dah mati, tetapi yang sebenarnya dahan-dahan ini masih lagi hidup tetapi tidak menunjukkan berlakunya kehidupan.
Saya tak pasti bangunan apa di belakang saya, tetapi yang menarik perhatian saya adalah seni bangunan di negara ini terutamanya bangunan lama yang didirikan pada zaman Raja Peranchis. Bangunan ini dibuat siap dengan ukiran gaya Eropah dan patung besar di pintu masuk bangunan tersebut. Macam kebiasaan orang Eropah patung yang diukirnya jarang mempunyai pakaian - tak tahu apakah motif kebanyakan patung yang dibuat tanpa pakaian. Mungkinkah disebabkan oleh kesenian atau???????????
Cuba perhatikan di belakang saya, bangunan yang mem- punyai dua menara, sepenge- tahuan anda apakah bangunan tersebut? itu adalah bangunan Gereja Notre Dame (Notre Dame Cathedral), gereja ini mula dibina pada tahun 1163 semasa pemerintahan Louis VIII dan bangunan ini siap dibina pada tahun 1345, iaitu selepas kira-kira 200 tahun. Kalau anda masih ingat atau mengikuti cerita kanak-kanak Perancis mengenai Quasimodo. Gereja tersebut adalah tempat di mana Quasimodo the hunck-back, seorang pemuda yang cacat yang bekerja sebagai pembunyikan loceng.
Quasimodo adalah orang yang ber- tanggung jawab men- yelamat- kan Elsimelda dan kekasih- nya dari dikejar oleh askar raja Louise - Raja Peranchis. Akhirnya Quasimodo mati kerana terjatuh dari menarik loceng tersebut. Cerita yang sangat trajik.
Foto di bawah saya di sebuah jambatan yang merentangi Sungai Seine,
Inilah Jalan Medaline - cerita katun mengenai seorang anak yatim bernama Madeline yang tinggal di sebuah rumah anak yatim piatu di Paris. Agaknya kedai ini dulunya rumah anak yatim yang ditumpangi oleh Medaline.
2 comments:
bestnya gi Paris tapi saya lebih prefer London.Pernah pergi Paris 3 kali,selalunya pergi tanpa tour group hanya famili.naik turun Metro dan sewa kereta...dah lama tak travel mcm dulu2,rindu jugak.last travel hanya dgn anak2 Perth 2007,LA dec 2008,hubby emegencytak blh ikut,no regret.. disana saya sewa dan bawa kereta sendiri,hongkong 2009 pulak naik turun naik Lrt dan bas,naik cruise,sgt interesting dan sekejap lagi saya 3 beranak akan ke Langkawi selama 5D4N,pengalaman kak Adnee akan di jadikan panduan.
Selamat bercuti saya doakan, sebenarnya negara kita lagi banyak tempat yang menarik dan mudah mencari makanan yang halal. Saya ke luar negara kebanyakannya kerana bertugas atau berkursus. Biasanya lepas meeting atau kelas saya dengan kawan-kawan akan merondalah, makan dan ambil gambar.... itu yang kadang-kadang lawatan amat terhad terutamanya musim sejuk... banyak kedai tutup awal. Tunggu cerita sata semasa saya berkursus di londan nanti.
Post a Comment