Saya dan beberapa orang pegawai dari pebagai Kemente- rian telah dipilih untuk megikuti Evaluation Program di Royal Melbourne Institute Technology (RMIT) University di Melbourne Australia. Kursus selama 1 bulan. Kursus yang sangat stress dengan persembahan assignment pada setiap minggu. Nasib baik kelas hanya 5 hari seminggu. Foto sebelah kami dalam kelas sedang tekun mendengar ceramah.
Saya bersama kawan- kawan sekursus bersama dengan tenaga pengajar Kursus (Mr. ---) selepas menghadiri sesi di Parliament House Victoria. Lawatan ke Parliament ini berkaitan dengan kursus yang kami jalani. Kami peserta wanita telah sepakat untuk mengenakan pakaian kebangsaan negara pada hari tersebut, walaupun cuaca sejuk kami terpaksa juga jalaninya. Percaya atau tidak dengan adanya kani ini bandar Melbourne nampak lebih bewarna-warni.
Saya mengambil kesempa- tan untuk bergambar kenangan dengan salah seorang petugas di Parliament House di Melbourne. Rasanya dia ni seorang polis yang menjaga keselamatan bangunan tersebut ataupun seorang polis peronda atau polis pelancung. Walaupun cuaca sejuk tetapi cahaya matahari agak terang, tetapi kita tak dapat rasakan kepanasan pancaran matahari pun.
Foto saya di Tugu Peringatan Adam Lindsay Gordon. Beliau dilahirkan pada 19 Oktober 1833 di Fayal, Azores dan meninggal dunia pada 24 Jun 1870 di New Brighton, Australia. Seorang penyajak terkenal Australia dan menjadi pujangga negaranya. Sebaik sahaja selepas menerbitkan sajak Bush Ballads and Galloping Rhymes pada 23 Jun 1870, pada keesokan harinya beliau menamatkan riwayat hidupnya dengan menembak diri - mati muda dalam usia 37 tahun. Walau bagaimanapun pada tahun 1934 statue beliau ini pernah diletakkan di Westminster Abbey, London.
Kadang-kadang selepas kelas, saya suka melepak di beberapa tempat seperti di depan RMIT University, iaitu di sepanjang Swanson Road. Lepas makan di gerai makanan segera seorang Lubnan yang beragama Islam, saya akan menghabiskan masa dalam setengah jam di depan Public Library. Di sana saya terjumpa dengan seorang kawan baru, kenalan ini dari Indonesia bernama Mufti Agung dan sedang menuntut di salah sebuah universiti di Melbourne.
Saya di tengah-tengah Bandar Melbourne... saja berjalan-jalan bersama rakan serumah saya semasa di Melbourne, iaitu Fabilah Ismail namanya, beliau juga menghadiri kursus yang sama. Beliau adalah sahabat baik saya, kami selalu berkongsi bilik hotel jika secara kebetulan kami menghadiri kursus/ seminar yang sama. Beliau juga bekerja di Kementerian Pertahanan.
2 comments:
Seronok bila dpt merantau ke negara orang. byk yang dapat dipelajari dan pengalaman itu amatlah berharga... mcm cik skrg la.. tentu tersenyum bila mengimbau kenangan di ketika ini....
ada yang boleh dijadikan iktibar untuk sahabat2 yang lain... bila agaknya atie dapat pergi ke negara org ye??? mmm, insyaAllah... moga diberi kesempatan. paling tidak dapat menjadi tetamu Allah di tanah suci....amin...
Atie, ini yang kita katakan rekzi di tangan Allah, kalau Allah dah kata itu rezki kita, tak ada manusia yang boleh mengubahnya, begitu jugalah sebaliknya. Banyak-banyak tempat... macam kata tie tanah sucilah tempat terbaik di dunia... selepas pergi ke sana dan apabila balik ke negara kita, kita akan tetap teringatkannya, terkenangkannya... apabila terdengan azan Mekah dan Madinah.. tiba-tiba hati menjadi sangat sayu dan jauh terbang ke sana akan teringat apa yang kita buat kat sana... tulah macam nak ke sana pada masa tu.
Insayallah kalau cukup rezki dan masa serta jadual adik-adik yang lain saya dijadualkan ke Mekah untuk haji keduapada tahun 2012. Doakan semoga saya dijemput lagi oleh Allah untuk mengunjungi rumahnya.
Post a Comment