Baru saja tadi, saya mendengar ceramah dari Ustaz Wan Sohor Bani Leman mengenai puasa sunat 9 dan 10 Muharam. Riwayat dari Muawiyah: "Aku mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Hari ini adalah hari Asyura, tidak diwajibkan bagi kamu berpuasa, tetapi saya berpuasa, maka barangsiapa yang mahu berpuasa ia boleh berpuasa dan barangsiapa yang mahu berbuka, maka ia boleh berbuka”. Mengikut Rasulallah, kepada sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam) maka Allah akan mengampunkan dosanya setahun. Oleh itu jom ramai-ramai kita berpuasa esok dan/ atau lusa (9 dan 10 Muharam) semoga kita semua akan diampuni oleh Allah.
Mengikut cerdik pandai Islam, terdapat 14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura (10 Muharram) ialah:
1. Melapangkan masa untuk bersama suami & isteri, anak-anak dan ahli keluarga. Fadhilat -: Allah akan melapangkan hidup kita pada tahun tersebut.
2. Memuliakan fakir miskin. Fadhilat -: Allah akan melapangkan kita dalam kubur nanti.
3. Menahan marah. Fadhilat -: Di akhirat nanti Allah akan memasukkan kita ke dalam golongan yang reda'.
4. Menunjukkan orang sesat. Fadhilat -: Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hati kita.
5. Menyapu/ mengusap kepala anak yatim. Fadhilat -: Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi setiap rambut anak yatim yang diusap.
6. Bersedekah. Fadhilat -: Allah akan menjauhkan kita daripada neraka seumpama jauhnya seekor gagak yang terbang tanpa henti dari kecil sehingga ia mati. Diberikan juga pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri. Fadhilat -: Allah akan mengurniakan kita kehidupan yang sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat. Fadhilat -: Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu.
Lafaz niat mandi sunat: 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala'
9. Bercelak. Fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali. Fadhilat -: Allah akan memandang kita dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadhilat -: Allah akan mengampunkan dosa kita walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
Lafaz niat solat sunat: 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala'
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
12. Membaca 'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru'
Ffadhilat -: Tidak mati pada tahun ini .
13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat -: Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam yang berbuka puasa.
14. Puasa. Niat - 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala'
Fadhilat -: Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
Wallahualam - Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui.
No comments:
Post a Comment