02 December 2010

Percutian Langkawi 2010 Part IV - Mangrove

Seawal 5.30 pagi pada 30hb November 2010, Emak dan Shima dah bangun. Mereka mengejutkan yang lain untuk bersiap sedia melaksanakan solat subuh. Semalamnya kami telah sepakat untuk mengambil sarapan pagi di hotel sahaja, jadi semasa makan malam Ain, Shima dan Nuraini ke Mall berhampi- ran untuk membeli sardin, roti, cili padi, bawang, garam, kaya dan tuna.

Pagi itu kami sarapan sandwich sardin, air kopi dan teh. Mak pula bersarapan roti disapu kaya. Lebih kurang jam 9.00 pagi kami bertolak ke jeti khusus yang dibina untuk tujuan ini. Jauhnya dari Jeti Kuah lebih kurang 10 kilometer sahaja. Kami menyewa sebuah bot dengan harga RM280.00 bagi 3 jam. Sebelum menaiki bot kami membeli beberapa perkakasan dan minuman yang diperlukan di kedai ini. Memandangkan ada tempat mandi yang menarik Ammar dan Amir membeli T-shirt dan seluar untuk berenang, kami membeli topi besar dan emak membeli cermin mata hitam untuk halang cahaya matahari. Foto di atas - Emak, Ain dan Nuraini menuruni tangga untuk menaiki bot.

Inilah bot yang kami sewa, foto diambil sebelum pelayaran bermula. Pemandu bot dan pemandu pelancung kami adalah Pakcik Bakar. Distinasi pertama kami adalah Gua Kelawar. Gua Kelawar yang kami kunjungi tidak besar sangat, sejuk dan seperti biasa gua yang biasa didiami oleh kelawar selalunya gelap gulita. Dari luar gua kami telah terhidu bau yang tidak menyenangkan, busuk dan hanyir rasanya bau najis dan kencing kelawar tersebut.

Kami telah dibekalkan dengan lampu suluh yang kurang terang, kami juga telah dipesan supaya tidak mengambil gambar dengan flash kamera semasa di dalam gua. Laluan dalam gua agak selesa kerana Kerajaan telah membina laluan seakan pelantar papan, walaupun gelap kita tidak bimbang untuk melangkah. Foto aku dan Mak di hadapan pintu masuk gua.

Foto ini di hadapan pintu keluar gua. Semasa di dalam gua, kami menyuluh di bumbung gua dan mendapati beberapa puluh atau ratus ekor kelawar sedang berehat atau mungkin sedang tidur. Bumbung gua ada yang rendah dan ada yang tinggi. Terdpat di suatu laluan gua, kami terpaksa membongkok kerana bumbung gua yang tersangat rendah.

Seperti gua-gua yang lain, gua ini juga mem- punyai formasi staletik dan staletmik, di pintu keluar terdapat sebuah formasi staletik yang besar berbentuk bonggol yang melekat di dinding gua, berwarna seakan hijau muda yang kelihatan menarik. Bila ditanya Ain mengeluarkan teorinya bahawa kerana cahaya matahari ianya berwarna hijau. Entah ya entah tidak, dia guru Bahasa dan Sejarah macam tak percaya je.

Kalau pandai agaknya kami berada di mana? .... teka.... Jawapan- nya adalah di pelantar tempat orang pelihara ikan dalam sangkar. Beberapa jenis ikan ada di pelihara, semuanya adalah ikan air masin seperti ikan nyok-nyok, ikan pari, ikan sumpit dan macam-macam lagi. Dalam post selepas ini adalah video ikan sumpit - cuba lihat bagaimana dia menyumpit makanan walaupun di darat.

Masih lagi di pelantar ikan, Foto Emak, Ain dan Ammar, cuba lihat di belakang mereka terdapat sebuah lagi pelantar pemeliharaan ikan, boleh dikatakan di kawasan ini terdapat beberapa syarikat/ orang perseorangan yang membuat usaha ini. Yang sebenarnya kawasan ini juga merupakan parkir untuk beberapa puluh kapal layar. Kebanyakan tuan punya kapal layar ini telah balik ke negara mereka. Mengikut Pakcik Bakar kebanyakan tuan punya kapal layar sangat percaya akan keselamatan kapal layar mereka di sini.

Emak kelihatan santai dalam bot. Perjalanan bot laju dan perlahan, tetapi mak masih steady dan tidak kelihatan mabuk sedikit pun. Rasanya mak pun excited dengan ekspidisi ini. Selepas ini kami ke Lubuk Buaya pula.

Cuba lihat betul-betul pada batu di depan tu.... ada tak rupa kepala buaya? Kalau dilihat betul-betul batu di hadapan kami tu macam kepala buaya lengkap dengan lubang hidung, mulut dan mata buaya. Mengikut cerita orang sini, dulu kawasan ini memang ada/ banyak buaya, tapi kini dah tak jumpa, mereka pun tak tahu kenapa. Jom kita pergi kasi makan burung helang pulak, dalam pakej ini makanan untuk burung helang ada disediakan oleh pihak bot. Makanan yang disediakan adalah kulit dan lemak ayam.

Itu dia ada beberapa ekor burung helang sedang menunggu pen- gunjung menabur- kan makanan ke dalam laluan. Apabila tiba di tengah sungai, makanan akan ditaburkan dan bot di bawa ke tepi bagi membolehkan kita melihat burung-burung helang menyambar makanan tersebut. Untuk melihat pergerakan sambaran burung helang ini, sila lihat video dalam siri percutian Part V selepas ini.

Selepas ini kami melalui Hole of the wall, iaitu laluan seperti pintu yang mengarah ke laut lepas, sebaik sahaja keluar dari laluan ini di sebelah kiri terdapat batu bata lama yang dipercayai telah berusia ribuan tahun, taman ini dikenali sebagai Klim Geoforest Park. Semasa kami di sini terdapat banyak juga bot-bot lain yang mengunjunginya.

Dunia telah mengakui akan kewujudan batu batan di sini sebagai batu batan yang tertua di dunia, jika diperhatikan kita dapat melihat dengan jelas akan lapisan batu-batu yang besar, batu-batu ini tersusun kemas mengikut susunan berbaris melintang, adalah mustahil jika ianya dilakukan oleh manusia memandangkan saiz batu yang sangat besar dan berat. Memanglah tidak dapat dinafikan akan besarnya ciptaan Allah ini, kemas dan menakjubkan. Kalau nak lihat sendiri datanglah....

Cuba perhatikan apakah bentuk pulau di belakang Shima, betul tak kalau saya katakan ianya berbentuk kasut. Dah tengahari, rasanya waktu ini sesuai untuk budak dua orang tu untuk mandi-manda.

Bot menuju ke pantai yang sangat cantik dan bersih. Ini mungkin disebabkan tidak ramai orang yang boleh akses ke tempat ini. Emak tak mahu turun, jadi mak tunggu sahaja di dalam bot sambil membaca, berehat dan melihat telatah cucu-cucunya yang dua orang itu.

Ammar dan Amir sedang seronok bermandi-manda, air di sini sangat bersih dan jernih, tetapi pasirnya seperti rapuh atau tidak padat - bila kita berpijak dan ombak berlalu kita rasa macam nak jatuh kerana pasir-pasir di bawah kaki dihanyutkan air.

Ammar dan Amir bermain pasir di pantai.. mungkin untuk berehat sementara selepas masing-masing sibuk berenang dan menyelam. Rasanya kawasan yang cetek di pantai ini terhad kerana bila dilihat di tepi bot, airnya agak dalam.

Pemandangan batu-batan ukuran Allah yang indah ditambah dengan tiga wanita yang bertopi besar sambil ambil angin laut.

Shima, Ain dan Nuraini macam tiga musketeer sedang mengawasi bot. Masing-masing cantik dengan topi besar.

Semasa nak ambil foto ini punyalah susah sebab terpaksa berpijak di atas batu yang ada tanda-tanda keritip yang masih tajam. Cuba lihat air yang hijau dan bersih serta pemandangan yang cantik. Beginilah rupanya kawasan yang masih terpelihara.

Lebih kurang jam 1 tengahari kami bertolak balik ke jeti.

Selepas ini ada catatan perjalanan percutian kami ke Makam Mahsuri.

2 comments:

Unknown said...

tentang teori stalatite dan stalatmig tu lebih kurang la..bukan ke kawasan itu sentiasa dilanda air kerana ia jenis batuan batu kapor yang poros sifatnya kebetulan kawasan itu menerima cahaya matahari jadi ia bertindak balas dengan matahari dan udara itu yang menyebabkan kawasan itu berwarna hijau..ain cikgu geografi gak...

Unknown said...

ye ke... akak ingat ain cikgu bahasa dan sejarah je.. kalau cikgu geografi dah cakap cam tu... maknanya betullah tu.. sorry ye cikgu.