Catatan pengalaman, pendapat dan curahan hati untuk dijadikan bacaan ringan sanak saudara dan kawan-kawan - tiada rahsia. Semua dijemput.
18 December 2010
The Death Day of My Dear Father
Dulu 18th Disember 2008, semasa azan solat Isyak, ayahanda yang sangat saya kasihi telah menyahut panggilan Illahi. Hari ini genap 2 tahun Masihi ayahanda saya telah meninggalkan kami. Tapi kami sekeluarga masih lagi merasa amat rindukan dia.
Semoga Allah sentiasa mengampunkan segala dosanya, peliharalah rohnya ya Allah seperti mana dia memelihara kami dari kecil hingga kami dewasa, tempatkan ayahandaku di sisi Mu ya Allah bersama para Rasul, Nabi dan kekasih Mu, lapangkan dan menerangkanlah pusaranya - jadikan pusaranya tempat rehatnya sehingga Kau menghidupkan kami semula di akhir zaman ya Allah, jauhkanlah ayahandaku dari segala siksa kubur ya Allah, siksa di padang masyar dan siksa neraka serta kurniakanlah kepadanya darjat tertinggi ya Allah kerana dialah ayah terbaik yang sentiasa mengajar kami solat, mengenal huruf, berpuasa, membimbing aku semasa mengerjakan fardhu haji. Segala tanggungjawabnya selesai di bumi ini, tiada apa yang tidak selesai dan tiada apa yang kami kesalkan. Aku dan keluargaku menyerahkan ayahanda kami kepada Mu ya Allah, lindungi dia sesungguhnya Kau maha pemberi ampun, pelindung, pengasih dan maha lembut. Amin
Al- Fatihah untuk ayah.............
Foto kenang-kenangan ayah dan emak
Labels:
Ayah Death Day
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Assalamualaikum & Salam 1Malaysia,
Sebelum itu saya ingin mengucapkan salam Takziah dr saya,Sudah Lumrah Teman hidup adalah Mati.Disini saya ingin kongsikan Pengalaman saya,puan dapat juga menatap jenazah dan mengiringi jenazah ayah puan.Dah bertahun saya pendam kan isihati saya,tiada siapa pun mengetahui baik kelurga mahupun kawan2.
saya tidak dapat menatap wajah atau mengiringi jenazah arwah bapa
saya,sebulan selepas pemergiannya baru lah saya dapat pulang ketanahair,betapa sedihnya hati ini kadang2 tue saya menangis sendirian..hingga saya ini saya rasakan bapa saya masih ada.Kadang2 tue apabila melihat bapa orang lain hati saya cukup2 pilu,apatah lagi seandainya anaknya memarahi bapanya lagi laaa saya sedih.saya
tertanya2 mengapa anak sanggup buat begitu,seandainya mereka mengalami seperti saya,entah laa
Tiap2 tahun(raya) saya lah orang pertama dalam keluarga akan pergi ketanah perkuburan(sehari sblm raya)membersihkan tanah perkuburan sedekah AL-Fatihah dan juga setiap malam sblm tidur smg Arwah bapa saya ditempat bersama2 orang yang beiman.
AL-Fatihah Buat Ayahanda..
Wahai sahabat ku Keris Laksamana (KL),
Tak sangka rupanya ada juga yang mengalami senario yang sama. Memang saya dan keluarga rasa bertuah dapat bersamanya ketika dia sakit walaupun sekejap sangat. Rasanya tak puas melayan dia, menolong dia, memelok dia, bercerita dengan dia, mengucap tangan dan kaki dia, menyuap dia makan dan ubat dan apa sahaja yang dia perlukan. Apa tah lagi saya adik beradik ada 5 orang, jadi ramai yang nak berbakti padanya. Apa lagi ayahanda saya tak banyak kerenah.. dia sakit kuat pun hanya seminggu lebih yang lain dia masih boleh jalan walaupun tak kuat sangat. Itulah Allah lagi sayangkan dia... Allah ambil dia, inilah pengalaman kehilangan yang paling besar dan sangat sakit rasanya. Macam KL juga saya kerap juga mengalirkan air mata bila saya sangat rindukan dia.... saya pun hairan dah 2 tahun di pergi... kenapa sakit kehilangan dia masih ada dalam diri saya. Rindu pada dia masih kuat lagi.
Saya nak nasihatkan KL pun rasanya macam tak sesuai, tapi apa yang boleh saya hilangkan sedikit rindu padanya bila saya tengok foto dia dan video yang ada ayahanda saya tu. Apa pun saya suka tengok foto dia yang dia sedang tersenyum. 1 lagi nak hilangkan sedikit rindu - setiap kali teringat sedekahkan pahala ayat AL Quran walaupun pendek. Berdoalah supaya kita jumpa dia di negara yang kekal abadi tu. Janji pada diri sendiri bahawa kita sekeluarg mesti jumpa dia nanti.
Akhir sekali KL - sabar dan selawat banyak-banyak.
Post a Comment