Bergambar di hadapan Istana yang dikenali sebagai The Palais du Prince (Prince's Palace) di mana pernah didiami oleh Putri Grace and suaminya Putera Ranier. Semasa di zaman remaja saya, saya kerap membaca novel Inggeris yang menceritakan kisah-kisah cinta antara anak-anak raja Eropah yang juga pernah mengambil istana ini sebagai lokasi pengkisahan. Apabila berada di sini baru saya dapat bayangkan cerita tersebut memang........ sungguh romantik.
Itu adalah pintu masuk ke Istana Monte Carlo, tetapi tiada seorang pun daripada pengunjung yang dibenarkan memasuki ruang yang dikawal ketat oleh polis Monte Carlo. Apa lagi untuk masuk ke dalam istana adalah dihalang sama sekali. Untuk sampai ke istana ini kita terpaksa berjalan kaki mendaki bukit yang agak tinggi kerana kedudukan istana ini di curaman bukit Monaco.
Saya bergambar di bawah pokok di hadapan Casino Monte-Carlo. Macam juga di casino-casino lain, waktu beroperasi biasanya hanya di malam hari sahaja dan sehingga awal subuh. Disebabkan kami datang pada siang hari,maka kami tak berkesempatan untuk masuk ke dalam Casino ini. Tetapi saya dapat bayangkan betapa besar dan menariknya casino ini sehingga orang akan teruja untuk mempertaruhkan wang masing-masing dan kadang-kadang sehingga habis.
Bersama dengan seorang kenalan yang baru saya ditemui di Monaco. Beliau dan suami beliau bercuti di Monaco sedangkan mereka berasal dari Turki. Kami bergambar di laluan jalan raya yang berterowong yang juga digunakan sebagai Track Formula One (F1) Monaco.
Cuba perhatikan betul-betul di belakang saya. Terdapat sebuah kereta F1 yang pertama kali berlumba di Track Monte Carlo. William Grover-Williams merupakan orang pertama yang memenangi Grand Prix Monaco, agaknya kereta tersebut digunakan oleh dia kot. Antara pemenang-pemenang lain yang pernah memenangi Grand Prix di sini adalah Schumacher, Senna, Prost, Fangio, Graham Hill dan lain-lain.
Teluk yang dijadikan pusat untuk parkir kapal layar. Pelbaai jens, bentuk dan saiz kapal layar ada di sini, semuanya cantik-cantik. Diperhatikan kapal layar di sini dijaga seperti kita menjaga kereta kita di mana mereka polish badan kapal layar ada yang sehingga berkilat dan memancar. Mungkin ada pengilat yang khusus - kerana apa yang saya fikirkan "apa gunanya kilatkan sebab nanti apabila kena air masin sekejap sahaja dah kusam".
Bandar Monte Carlo memang agak sibuk, maklumlah negeri ini bukannya luas sangat, sedangkan rakyatnya agak ramai. Masing-masing tertumpu di bandar. Saya perhatikan cara kehidupan di sini agak berlainan dari kebanyak kota yang pernah saya lawati. Di sini kehidupan rakyatnya menunjukkan kemewahan, mereka berpakaian secara formal, ada yang bertali leher dan berkasut yang proper serta berjalan membawa anjing yang diikat dengan rantai leher yang cantik. Manakala wanitanya mengenaikan pakaian yang kemas dan bergaya.
Bergambar dengan 2 orang rakan sekerja dari TLDM. Seorang daripada mereka bertugas di Perancis untuk pembinaan kapal selam pertama negara.
2 comments:
Monte Carlo....
nak g....^_^
Hai TehLimau,
Minuman yang menjadi kegemaran maklong, tetapi kena yang suam.....
Maklong juga bercadang nak ke Monte Carlo sekali lagi..... kali ni nak jumpa Prince charming negara tersebut atau menyaksikan F1... jom simpan duit... atau bila abang dah kerja boleh lah pergi nanti.
Post a Comment