Gumpulan awan yang mem- bentuk perkataan Allah, foto ambil dari angkasa lepas melalui satelit. Dia mencipta alam semesta ini, jadi Dia layak untuk jadikan apa sahaja. Hanya kita ini sebagai makhluk perlu sedarkan diri kita di mana kita patut berpijak dan apa yang patut kita junjung. Jangan lupa setiap hari kita berpijak dan berjalan di atas bumi Allah - bumi yang pada suatu hari nanti akan menjadi tempat bersemadi kita... kalau kita sombong di atas bumi Allah ni agaknya apa yang akan bumi ini lakukan bila kita masuk ke dalam perutnya nanti... jangan-jangan....
Aku sendiri pernah nampak formation awan yang membentuk kalimah Muhammad di langit. Masa itu aku, emak dan arwah ayah nak balik dari kampung kami di Kesang Tua Jasin Melaka ke rumah kami di Felda Bukit Senggeh. Tiba di simpang nak masuk ke Selandar dari Jasin, aku memandang ke depan cermin kereta dan ternampak kalimah tersebut, aku bagi tau emak dan ayah. Emak dapat melihatnya tapi ayah agak susah sebab nak masuk ke simpang dan ada kereta di hadapan.
Lebah pun pandai mensyukuri apa yang dianugerahkan oleh Penciptanya. Bagaimana manusia yang berakal tak dapat melihat dengan mata hati.... mata yang ada dan boleh melihat selalunya ditipu oleh hati yang memang dikawal oleh musuh kita, iaitu syaitan dan kuncu-kuncunya. Semoga Allah menjadi aku dan semua keturunan aku tidak buta dalam celik melihat ciptaanya dan mensyukurinya. Allah hu Akbar... Allah hu Akbar.... Allah hu Akbar...
No comments:
Post a Comment