23 December 2010

Gugurnya Seorang Pahlawan Melayu

Tun Ibrahim Ismail, seorang bekas Jeneral Angkatan Tentera Malaysia juga seorang Pahlawan Melayu telah kembali ke rahmatullah pada hari ini 23 Disember 2010 kira-kira jam 4.30 pagi di HATTM. Selain daripada ahli keluarga, sahabat handai, kenalan dan anggota tentera yang mengenali beliau, pemergian beliau juga seakan-akan ditangisi oleh seluruh warga Wangsa Maju. Hujan lebat turun mencurah-curah mengiringi jenazah beliau berangkat ke kediaman beliau.

Pengimbau kembali kisah perjuangan Tun, Tun telah menaburkan bakti dan jasanya lebih 30 tahun dalam mempertahankan banyak negara termasuk India dan tentu sekali negara kita. Seorang pahlawan yang tidak pernah mengenal erti serik dalam hidup hanya untuk memastikan bangsa dan negara yang dicintainya hidup bebas dan merdeka dari segala jenis ancaman.


Kami warga HATTM amat berdukacita atas gugurnya sekuntum lagi bunga bangsa, kami menadah tangan ke hadrat Illahi mendoakan agar allahyarham Tun dikasihani Allah dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin. Kepada Toh Puan Zakiah dan keluarga ucapan takziah dari kami warga HATTM, redha akan dugaan Allah kerana Allah lebih mengasihani Tun.

No comments: