Ada tiga video yang kami nak share bersama. Video pertama adalah pengalaman kami menaiki bot yang dipandu laju, jom rasai bersama.
Di bawah ini pula adalah video mengenai kebolehan ikan yang dinamakan sebagai ikan sumpit oleh penduduk Pulau Langkawi. Ikan ini hidup dalam komuniti yang tolong menolong, kerana ikan yang menyumpit makanan tidak akan dapat makan makanan yang disumpitnya kerana ditunggu oleh ikan-ikan lain. Hasil sumpitan ikan ini hampir 90% tepat. Di samping menyumpit, ikan ini juga boleh meloncat agak tinggi juga untuk mencapai makanan atau menangkap serangga.
Manakala video inidi bawah pula adalah memaparkan bagaimana helang-helang menyambar makanan daripada permukaan air. Saya hanya mampu memerhatikan tiga jenis helang, saya membezakan helang-helang tersebut melalui warna bulunya, ada helang warna merah atau brown, helang hitam dan helang putih.
No comments:
Post a Comment