Pada 30hn November 2010, selepas ekspidisi kami ke mangrove, kami singgah untuk makan tengahari di Kampong Ulu Melaka. Selepas dari itu kami meneruskan acara lawatan kami ke beberapa lokasi lain seperti ke Pusat Kraf Tangan Langkawi, Makam Purba dab Makam Mahsuri. Kami bergambar kenang-kenangan di dalam bangunan Pusat Kraf Tangan Langkawi. Tak ramai rakyat Malaysia yang datang ke sini, walau bagaimanapun terdapat ramai pengunjung asing yang melihat dan membeli barangan di sini.
Aku dan emak sedang berehat di pangkin di dalam bangunan Pusat Kraf Tangan Langkawi, kasihan emak nampak penat sangat, yang sebenarnya pada waktu itu, hari pun dah petang dan kami hanya nak lengkapkan jadual lawatan kami sahaja. Pangkin yang kami tumpang duduk adalah pangkin lama yang berbumbung, kalau diletakkan dihujung laman, ianya amat sesuai untuk tempat minum petang dan beristirehat.
Ain bergambar dengan pemerah air tebu klasik. Yang menjadi pertanyaan aku - kenapa pemerah tebu ini berada di sini? adakah Pulau Langkawi mempunyai perusahaan kecil membuat gula? atau digunakan oleh orang perseorangan untuk membuat gula, adakah kebun tebu di pulau ini? tak tahulah mungkin dulu ada kot..... Sebagai tanda ingatan, aku membeli beberapa barangan di sini. Setelah selesai meninjau dan melihat hasil kreatif orang Langkawi, kami meneruskan perjalanan ke Pusara Purba.
Aku bayangkan terdapat banyak pusara lama di sini. Rupanya ada hanya satu sahaja pusara Purba di sini. Ain sedang berdoa di pusara purba tersebut. Mengikut sejarah pusara ini dijumpai pada tahun 1970an oleh seorang penduduk tempatan. Batu nisan pusara ini dibuat mengikut seni Aceh dan dipercayai ianya milik seorang wanita keturunan Aceh yang mengembara di pulau ini. Kami tak lama di sini selepas berdoa, kami terus ke Makam Mahsuri, iaitu lokasi akhir pada hari ini. Kebanyakan kami dah rasa penat dan letih. Kedua anak saudara ku dah minta untuk pulang ke resort.
Untuk memasuki Kompleks ini setiap orang dewasa sikenakan bayaran RM5.00. Kompleks ini lebih berupa Musium dan bazar jualan. Pusara Mahsuri dah terlalu jauh berubah, jika dibandingkan dengan rupa pusaranya pada awal 1980an, masa itu aku ke Langkawi untuk pertama kalinya bersama kawan-kawan sekolah. Batu nisan yang digunakan sekarang adalah batu yang biasa digunakan oleh orang dulu-dulu dan aku rasa itu bukan nisan asal kubur ini. Di dalam muzium ada mempamirkan batu nisan asal kubur Mahsuri. Foto ramai di Makam Mahsuri.
Ammar di dalam bazar di Kompleks Mahsuri mengayakan topi yang dia tak beli pun. Bila dibuat perbandingan harga, harga barangan selain minyak garam agak mahal, hairan semacam tak ada kawalan harga. Maaflah kalau aku menganggap mereka sebagai mengambil peluang.
No comments:
Post a Comment