Catatan pengalaman, pendapat dan curahan hati untuk dijadikan bacaan ringan sanak saudara dan kawan-kawan - tiada rahsia. Semua dijemput.
07 December 2010
Azam Tahun Baru
Setiap kali meyambut tahun baru, tak kiralah tahun baru hijrah atau tahun baru masihi, kebanyakan orang terutamanya yang masih muda akan menyambutnya dengan AZAM. Azam atau perkataan lain tekad adalah janji, hasrat, kemahuan yang kuat untuk laksanakan atau capai sesuatu. Tetapi agak-agaknya berapakah azam yang kita cipta itu dicapai. Bagi aku rasanya macam tak pernah tercapai - agaknya azam yang aku cipta tu terlalu tinggi untuk dicapai atau tiada usaha yang mencukupi untuk memastikan azam itu tercapai. Macam biasa azam akau tetap kekal macam tahun-tahun dulu - iaitu sekurang-kurangnya tahun ini akau dapat mengislamkan seorang insan, atau setidak-tidaknya mengenalkan islam kepada orang yang bukan islam. Insyallah
Labels:
hijrah. azam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
memang pun perkara itu semacam sudah menjadi tradisi bila tahun baru menampakkan wajah kita semua pasang AZAM tapi separuh jalan azam tinggal azam...jadinya kenalah kita azam yang biasa-biasa yang mampu kita buat saja...dan berdoa agar diberikan kekuatan untuk meneruskan hidup sebagai umat muhammad.....
btl gak kata kak ainee tu... tapi kekadg kite kena gak pasang azam yang besar supaya kita akan berusaha sedaya mungkin untuk menggapai azam itu... kalau dpt buat separuh pun x pe la... at least dpt gk... hehehe... tp atie punya azam pun x tercapai sepenuhnya ag......
tu la Atie, antara hasrat dan realiti, agak sukar untuk dibezakan.... kadang-kadang saya cemburu dengan sahabat baru kita... bagaimana mereka diberikan hidayah oleh Allah... mereka sudah tak pandang harta, pangkat dunia kerana setelah dapat hidayah mereka bulatkan tekat untuk memastikan tempat mereka di negara yang kekal. Itulah bezanya mereka dengan kita yang Islam sejak lahir, tapi penghayatan kurang.
Semoga Allah beri kita hidayah paling kurang macam mereka. Itu yang saya azamkan untuk dapat islamkan seseorang supaya pahala dia saya dapat sedikit.
Apa azam Atie????????????
Post a Comment