Kami yang terlibat dengan percutian ini sangat-sangat berterima kasih kepada Ain dan Shima yang mengambil usaha mengatur perancangan untuk merealisasikan percutian keluarga tahun ini. Walaupun tidak semua keluarga yang terlibat tetapi, bagi saya ianya boleh dianggap berjaya. Paling utama Emak sangat gembira dengan percutian ini, kerana mak dapat mengalami pelbagai acara yang agak mencabar. Terima kasih dan syabas kami ucapkan kepada Ain dan Shima. Kepada Emak pula terima kasih kerana bersabar dengan pengalaman yang kita lalui, dan sepanjang percutian ini emak tak pernah menyungut langsung. Ain menggunakan keahlian kelabnya Leasure Holiday untuk menempah Perdana Beach Resort, kami mendiami resort ini selama 3 hari 2 malam. Resort ini agak selesa walaupun mempunyai hanya 2 bilik. Foto kami di ruang tamu.
Pihak resort juga menyediakan beberapa kemudahan lain seperti pantry yang lengkap dengan cerek letrik, microwave, peti sejuk, pingan mangkok serta cutlery yang lengkap. Di samping itu juga kolam renang yang disediakan, memang selamat untuk kanak-kanak kerana airnya yang lebih cetek. Kolam juga dibuka sehingga malam. Foto menunjukkan Amir sedang bermain di tengah kolam.
Yang paling bagusnya, untuk memerhati atau mengawasi anak-anak mandi di kolam ini, kita tak perlu turun ke kolam, cukup hanya memerhatikan mereka dari anjung apartment sahaja kerana apartment yang kami tumpang mengadap kolam renang tersebut. Ammar dan Amir hanya berpeluang untuk mandi di kolam ini 2 kali sahaja. Waktu petang kolam ini dikunjungi oleh ramai kanak-kanak. Kelihatan Ammar di pinggir kolam, macam dia kesejukan saja.....
Emak, Ain dan aku di ruang tamu. Kenapa emak senyum malu-malu tu!!!!!. Sekarang saya nak ceritakan pula tentang parkir, resort ini mempunyai parkir yang selesa yang dibina di bawah bangunan resort, parkir yang disediakan banyak beserta lif ini memudahkan para penginap untuk memunggah barangan dari kenderaan ke apartment. Yang kurang tentang parkir ini, ialah di waktu malam lampu kurang disediakan.
Foto sebelah adalah Shima dan anaknya di antara ruang tamu dan pantry.
No comments:
Post a Comment